Rabu, 18 Mei 2011

Can't say goodbye to Brunei

Kampong Ayer and Omar Ali Saifuddien Mosque in the capital 

Anyone who's spent time in a kampung (village) will immediately sense the kampung like atmosphere in Brunei, particularly its capital, Bandar Seri Begawan.

Perhaps it's arriving at a small international airport where passengers are mostly in transit to Europe or the Middle East via the flag carrier Royal Brunei Airlines, or members of small tour groups from Indonesia and Malaysia.

Chatting to an Indonesian tour guide in the immigration queue, I learn that these groups are usually on short day tours, spending about three hours spent in BSB before flying back home.

Or perhaps it's because you can go from one end of the city to the other on foot in one day and everything is within five minutes by car. Walking would earn you strange looks though, as pedestrians are not common except downtown where the rows of shops and restaurants are.

The majority of Bruneians own a car and unlike in other cities, there are no readily available taxis that you can hail outside the airport or anywhere else.

Most families, the number of cars exceeds family members, which is probably true, as Brunei has one of the highest car ownership rates in the world. That's attributed to the absence of a comprehensive transport system, low import tax, inexpensive maintenance and the low price of unleaded petrol.

But Brunei is no ordinary kampung but a wealthy country where there are even more heliports (three) than airports (two).

The Jame'asr Hassanal Bolkiah Mosque, also known as the Kiarong Mosque, was built in 1988 and officially launched in 1994 to commemorate the silver anniversary of the sultan's reign. The mosque is the largest and most magnificent in Brunei and is distinctive because of its sea-blue roof, golden domes and minarets. The surrounding grounds feature fountains, which makes it a nice quiet spot away from the hustle and bustle of everyday life.

The Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque (known locally as the SOAS Mosque), on the other hand, was built in 1958. It also features a golden dome and an interior of Italian marble walls, carpeting and... an elevator!

Photos are not allowed inside the mosques but one has to appreciate the domed ceiling inside the SOAS Mosque with its magnificent stained glass. On the lagoon beside the SOAS Mosque is a stone boat, which is a replica of a 16th-century mahligai barge.

Near the SOAS Mosque is Kampung Ayer made up of small villages linked together by foot-bridges and is considered one of the cultural heritages of Brunei.

While Brunei may be an unlikely choice for a vacation due to its limited choice of attractions and lack of an accessible transport system, it does have its hidden charms.

Sabtu, 30 April 2011

William dapat gelaran Duke of Cambridge

LONDON: Putera William diiktiraf sebagai Duke of Cambridge pada hari perkahwinannya, semalam oleh Ratu Elizabeth II dan Kate Middleton pula mendapat gelaran Duchess of Cambridge sebaik mereka berkahwin, kata sumber Istana Buckingham.


“Ratu Elizabeth hari ini (semalam) mengurniakan gelaran duke kepada Putera William. Gelarannya adalah Duke of Cambridge, Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus,” kata sumber istana. “Putera William menjadi Duke of Cambridge dan Catherine Middleton, Duchess of Cambridge,” katanya lagi.

WILLIAM menyarungkan cincin perkahwinan kepada Kate di hadapan Ketua Biskop pada upacara perkahwinan mereka di Westminster Abbey, semalam.

Putera William mengahwini Kate Middleton dalam suasana gilang-gemilang di Gereja Westminster Abbey di London, semalam, dengan jutaan rakyat jelata dan penonton televisyen di seluruh dunia menyaksikan acara perkahwinan diraja yang terbesar di Britain sejak tiga dekad lalu.

Kate memakai gaun pengantin satin putih gading yang kembang berjela dengan lengan panjang berenda dilengkapi vel jarang amat menawan ketika berdiri di altar bersama William, yang menduduki tangga kedua senarai pewaris takha di raja Britain.

“Saya setuju,” ucap bakal raja dan pemasiuri itu secara bergilir-gilir sebelum William menyarungkan cincin diperbuat daripada emas Wales pada jari Kate sebelum Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams mengumumkan mereka sebagai suami isteri. Majlis itu adalah upacara diraja yang amat gilang -gemilang sejak perkahwinan ibu William, Puteri Diana yang berkahwin dengan Putera Charles pada 1981 dan memberi kesempatan untuk keluarga diraja Britain memulihkan hubungan selepas perceraian Charles dan Diana.

Ketiadaan Diana yang mati dalam nahas kereta di Paris pada 1997 amat dirasai sepanjang majlis berlangsung dan muzik yang dimainkan pada hari perkahwinan 30 tahun lalu dan ketika majlis pengebumiannya di tempat yang sama dimainkan semula ketika majlis berlangsung, semalam.


Dua juta orang - satu pertiga penduduk dunia - didipercayai menonton majlis perkahwinan anak sulung Diana yang berkahwin dengan orang biasa, wanita yang berpacaran dengannya di Universiti St Andrews, Scotland sejak lapan tahun lalu. Sebaik beratus ribu orang mengibarkan Union Jack di London, Kate melambai ke arah mereka sejurus tiba di Abbey bersama bapanya, Michael dengan menaiki limosin Rolls-Royce. Dia mengambil masa empat minit untuk berjalan menuju ke altar yang dihiasi dengan pokok yang dibawa khas bagi menghidupkan suasana taman Inggeris.

William atau William Arthur Philip Louis - putera sulong Diana dan pewaris takhta kedua - tiba di Abbey 45 minit sebelum itu, diiringi adik dan juga pengiringnya Putera Harry. Selepas menjalani upacara perkahwinan pasangan pengantin baru itu menaiki kereta kuda dari Abbey menuju ke Istana Buckingham di mana mereka muncul di balkoni sambil berkucupan dengan disertai anggota keluarga diraja yang lain. - AFP

Selasa, 26 April 2011

Utamakan Bahasa Melayu!


Apakah kedudukan bahasa Melayu di negara ini semakin hari semakin terpinggir. Sebenarnya perkataan sedemikian sering berlaku dan tidak lagi memeranjatkan. Tetapi mengapakah hal yang demikian dibenarkan terus berlaku? Tidakkah Bahasa Melayu bahasa rasmi negara ini?.

Isnin, 25 April 2011

Piala Raja Sepanyol Rusak Dilanggar Bas

21 April 2011, MADRID: Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.

Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.


Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah. - AFP

Jumaat, 1 April 2011

Pencerobohan Facebook

Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook. Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat?
Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian.

Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain.

Capaiannya menerusi Internet juga tidak terbatas kepada penggunaan komputer peribadi yang mempunyai sambungan talian tetap.

Malah, dengan munculnya alat-alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi dengan harga yang murah seperti komputer tablet, komputer riba, netbook dan telefon pintar berupaya mencapai laman web Facebook menerusi talian Internet tanpa wayar.

Masa, alat dan tempat bukan lagi menjadi kekangan utama untuk mencapainya.

Oleh itu, laman sosial Facebook ini boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Malah, ada kedai-kedai atau pihak-pihak tertentu yang menyediakan kemudahan capaian Internet tanpa wayar ini secara percuma menerusi teknologi Wifi.

Capaian Internet tanpa wayar ini sebenarnya mengundang sebahagian besar masalah pencerobohan ke atas akaun-akaun di laman web Facebook.

Ini kerana data-data atau maklumat ‘berterbangan’ di udara dan sesiapa sahaja berupaya mengambilnya termasuklah data-data yang penting seperti login dan kata laluan.

Tambahan pula program-program komputer untuk tujuan pencerobohan ini agak mudah diperoleh di Internet dan mudah digunakan.

Dengan itu, berhati-hati dan berpada-padalah ketika melayari Internet menerusi capaian tanpa wayar ini.

Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut.

Apabila kita mencapai laman web sosial Facebook menerusi Internet sama ada menerusi teknologi berwayar atau pun tidak berwayar, sambungan terhadap laman web tersebut tidak dienkrip.

Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berupaya berada di kawasan sambungan tersebut akan boleh memperolehi apa sahaja maklumat atau data yang melalui sambungan itu secara jelas termasuk login dan kata laluan.

Bagi mengatasi masalah sambungan yang tidak dienkrip ini, pihak Facebook telah menyediakan fungsi keselamatan untuk kita mengenkrip sambungan capaian ke laman web Facebook menerusi Internet.

Dengan ini, sesiapa boleh atau berupaya mendapatkan data-data atau maklumat yang melalui sambungan tersebut tetapi data-data dan maklumat tersebut tidak dalam bentuk yang nyata.

Data atau maklumat tersebut akan disembunyikan dalam bentuk yang rahsia.

Penceroboh atau penggodam perlu meemecahkan kod terhadap proses enkripsi yang dibuat terhadap data atau maklumat itu untuk mendapatkannya.

Dalam Facebook, anda perlu pergi ke ruangan konfigurasinya.

Seterusnya memilih fungsi Account Security dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https).

Seterusnya, jangan lupa untuk menyimpan konfigurasi yang telah anda buat dengan mengklik pada butang Save.

Fungsi Secure Browsing ini baru sahaja diperkenalkan oleh pihak Facebook.

Jadi, pastikan dikemas kini terlebih dahulu akaun Facebook tersebut dengan kemas kini yang dianjurkan oleh pihak Facebook.

Sekiranya fungsi tersebut masih belum ada dalam akaun kita, sila maklum atau mohon kepada pihak Facebook atau nantikan sahaja kemas kininya oleh pihak Facebook.

Hasil daripada konfigurasi tersebut, melayari laman web Facebook menerusi Internet akan dienkrip seperti mana melayari laman-laman perbankan Internet yang menggunakan protokol keselamatan rangkaian https.

Selain daripada itu, pastikan juga konfigurasi untuk fungsi Privacy bagi akaun Facebook adalah baik. Pastikan dan tentukan mana maklumat yang perlu dikongsi oleh siapa sahaja dalam akaun Facebook anda. Pihak Facebook ada menyediakan cadangan konfigurasi Privacy dalam perkongsian maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat rakan, gambar dan lain-lain.

Anda boleh tentukan sama ada anda mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja, rakan sahaja, rakan kepada rakan sahaja atau menerima cadangan pihak Facebook.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan konfigurasi tersebut, boleh memilih pilihan Custom. Di sini, anda boleh membuat konfigurasi sendiri untuk perkongsian maklumat dan boleh menetapkan hanya untuk tatapan atau capaian diri sendiri.

Konfigurasi pada bahagian Privacy ini penting bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggung jawab memanipulasikan maklumat yang dikongsikan atau dijadikan panduan untuk melakukan penggodaman atau pencerobohan terhadap akaun Facebook seseorang.

Sekiranya ada mana-mana akaun rakan Facebook yang disangsikan tujuannya, bolehlah kita blok akaun tersebut dalam fungsi Block Users.

Kadangkala kita melihat remeh-temeh berkenaan dengan fungsi Security dan Privacy dalam akaun Facebook ini.

Namun begitu, sekiranya akaun Facebook mendapat masalah seperti digodam dan sebagainya, barulah kelam kabut untuk mencari jalan penyelesaian.

Jadi, sebelum perkara yang lebih parah berlaku, marilah kita ambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan konfigurasi yang betul dan selamat pada akaun Facebook.

Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.

Ia merupakan satu penipuan yang sepatutnya kita sedar akan perkara tersebut dengan menyemak kembali sambungan URL yang disediakan, e-mel tersebut dihantar secara tiba-tiba tanpa ada keperluan atau anda memintanya, semak penghantar e-mel tersebut dan lain-lain.

Ia merupakan satu teknik penggodaman yang sangat mudah tanpa perlu melakukan perkara-perkara teknikal kerana pemilik akaun Facebook sendiri yang memberi maklumat-maklumat penting tersebut. Layari Internet dan laman web Facebook anda dengan selamat dan berhati-hati.

Isnin, 28 Mac 2011

MENGAPA WANITA MELAYU KINI GEMUK-GEMUK?

MENGAPA WANITA MELAYU KINI GEMUK-GEMUK?

Sungguh berbeza dari 30, 40 atau 50 tahun lalu apabila mereka lebih dikenali kerana kelangsingan tubuh dan kerampingan pinggang masing-masing, apatah lagi jika berbaju kebaya

MASALAH kegemukan di kalangan wanita Melayu telah mendapat perhatian sejak lebih sedekad yang lalu, tetapi hingga kini ia kelihatan masih meluas.

Berjalan-jalan di kawasan-kawasan yang ramai orang Melayu, memberikan gambaran sedemikian.

Daripada kalangan sejumlah wanita Melayu di tempat-tempat ini, pasti akan ada beberapa orang yang menyerlah kehadiran mereka kerana berat badan yang berlebihan atau obes.

Ia satu senario yang sungguh jauh berbeza daripada era sekitar 30, 40 atau 50 tahun lalu, apabila wanita- wanita Melayu lebih dikenali kerana kelangsingan tubuh dan kerampingan pinggang mereka, apatah lagi jika berbaju kebaya.

Sebagaimana langsing dan ramping seniwati-seniwati filem Melayu lama, begitulah wanita-wanita Melayu pada ketika itu.

Jika ada pun mereka yang agak gempal pada masa lalu, mereka biasanya sudah separuh umur, tetapi kini, ramai wanita Melayu yang masih muda dan belum berumah tangga pun, berkeadaan obes.

Maka, ini menimbulkan persoalan: Mengapa wanita Melayu dahulu dapat menjaga kelangsingan tubuh tetapi sekarang bentuk tubuh mereka 'membuak-buak'?

DULU BANYAK KERJA, KURANG MAKAN

Wanita dahulu umumnya, banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka bagaikan bersenam setiap hari.

Tanyalah ibu bapa atau datuk nenek awda. Wanita kita dahulu, kalau membasuh pakaian, mereka gunakan tangan. Mereka berus dan sental pakaian yang dicuci itu dengan sabun buku sampai berpeluh- peluh... setiap hari.

'Setiap pagi dan petang, mereka mengemas rumah dan menyapu halaman dengan penyapu lidi.

'Pasar masa itu pula jauh dari rumah. Setiap pagi kita boleh lihat ramai wanita kita menggendung bakul, berjalan kaki ke pasar sampai mengeluarkan peluh yang banyak.

'Baik juga mereka jalan kaki. Paling banyak, mereka naik beca,'

Taraf kehidupan yang lebih rendah pada masa lalu juga bermakna orang Melayu ketika itu kurang makan dan mereka juga tidak bergantung kepada pembantu rumah untuk melakuan kerja-kerja rumah mereka.

Makanan seharian mereka pada masa itu hanyalah nasi, sayur dan ikan... ada masanya cuma nasi dan kicap sahaja.

Daging dan ayam, pada masa itu, merupakan makanan mewah yang hanya dapat mereka nikmati sekali-sekala.

Mereka makan di luar hanya apabila dapat gaji pada penghujung bulan. Itupun tidak ramai yang mampu berbuat demikian.

SEKARANG BANYAK MAKAN, KURANG KERJA


Kenapa demikian?

Pakar-pakar kesihatan mengatakan, mereka lihat gaya hidup wanita sekarang sudah banyak berbeza daripada wanita dahulu.

Wanita Melayu sekarang umumnya tidak menjaga pemakanan dan tidak bersenam atau bergerak aktif secara fizikal.

Ini termasuklah tabiat masih suka masak dan memakan makanan berminyak dan berlemak, kerap mengadakan jamuan makan di rumah atau menghadiri jamuan makan di majlis kahwin atau kenduri-kendara, memilih untuk menjamu selera daripada melakukan aktiviti fizikal ketika beriadah di tepi pantai, dan suka melakukan santapan jauh malam atau supper di luar walaupun sudah makan malam.

Makan di luar dapat dikaitkan dengan peningkatan masalah obesiti ini, selain daripada corak kerja yang lebih bersifat sedantari atau tidak banyak bergerak yang dilakukan kian ramai.

Dari segi senaman pula, antara sebab-sebab ramai wanita Melayu tidak melakukannya termasuklah 'tiada masa' yang merangkumi sebab 'menjaga anak atau cucu.'

Ahad, 20 Mac 2011

Kanak-kanak bertocang yang bakal jadi puteri

WAJAHNYA sudah dikenali di seluruh dunia. Tetapi masih banyak yang tidak diketahui mengenai gadis yang tujuh minggu lagi akan menjadi puteri.

Baru-baru ini, Istana Clarence memuatkan gambar keluarga Kate Middleton dalam laman Perkahwinan Diraja bersama-sama lima potret tunang Putera William itu yang belum pernah dilihat umum.

Walaupun, senyuman kanak-kanak bertocang itu mungkin sudah kelihatan biasa, terdapat beberapa kejutan yang mengiringi bio�grafinya.

Kate menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya untuk tinggal di Jordan dan dia dikatakan boleh menyanyi lagu Selamat Hari Jadi dalam bahasa Arab sebelum pandai me�nyanyikannya dalam Bahasa Inggeris.

Keluarga Kate berpindah ke Amman ketika bapanya, Michael bekerja sebagai pembantu juruterbang de�ngan British Airways.

Kerana itu, pendidikan awal Kate bukan di England, tetapi di Tadika Al-Saheera di ibu negara Jordan itu, bermula pada usia tiga tahun.

Gambar itu adalah sebahagian daripada usaha Istana berkenaan untuk memastikan rakyat Britain mengenali gadis itu yang satu hari nanti akan menjadi ratu.
Menariknya, semua hakcipta gambar itu diberikan kepada keluarga Kate.

Dengan kehandalannya dalam bidang sukan dan minat terhadap kegiatan luar (dia menamatkan program Anugerah Emas Duke of Edinburgh) hingga bercuti daripada pengajian untuk ke Chile, butir me�ngenai zaman kehidupannya sebelum menjadi anggota keluarga di raja semuanya di catat bersama-sama gambar itu.
Kini, Kate hampir memulakan babak paling penting dalam hidupnya.

Mungkin pegawai Istana berharap dapat memberikan keyakinan kepada rakyat Britain bahawa Kate mempunyai asas kukuh yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang akan dihadapinya pada tahun-tahun akan datang.

PADA usia tiga tahun, Kate sudahpun menunjukkan keyakinan yang akan menyaksikan dia menjalani kehidupan suka dan duka. Gambar ini adalah di sebuah bukit di Daerah Tasik dan dengan bertocang dan pakaian senaman, Kate kelihatan seronok mengharungi setiap langkah di depannya. Gambar ini dirakam ketika keluarganya bercuti di Daerah Tasik pada musim panas 1985. Sebagai remaja di Kolej Marlborough, Kate seterusnya cemerlang dalam bidang sukan, mengambil bahagian dalam tenis, berenang, bola jaring, hoki dan olahraga serta bersaing dalam program Anugerah Duke of Edinburgh yang membabitkan pengembaraan empat hari dengan berjalan kaki. Menurut laporan, mendaki bukit masih menjadi minatnya, begitu juga dengan tenis dan perahu layar.

SAYA sudah besar sekarang, seolah-olah kata Kate dalam gambar ini yang dirakam ketika dia berusia lima tahun. Ia dirakam ketika keluarga itu bercuti di lokasi yang tidak diketahui di United Kingdom. Ketika ini, keluarga Kate sudah kembali ke Britain selama setahun dan tinggal di sebuah rumah sederhana di Bradfield Southend di Berkshire. Di situ, dia bersekolah di Bradfield Church of England Primary dan gemar bermain raunders di padang sekolah serta berenang di kolam di luar sekolah. Adik Kate dilahirkan beberapa bulan sebelum gambar ini dirakam dan ketika ini juga ibunya, Carole terdorong untuk menjadikan hobi membuat beg parti menjadi satu perniagaan. Syarikatnya yang membekalkan kelengkapan parti ditubuhkan tidak lama selepas itu.

KELIHATAN sebagai satu percutian keluarga. Gambar ini dirakam ketika keluarga Kate menetap di Amman, Jordan selama dua setengah tahun. Kelihatan Kate, empat, dan bapanya, Michael bersama adiknya, Pippa, dua, bergambar di runtuhan bangunan kuno Greek-Roman di Jerashj, tidak jauh dari Amman dan berhampiran sempadan dengan Syria. Michael mula bekerja di ibu negara Jordan itu dengan British Airways pada Mei 1984 ketika Kate masih berusia dua tahun. Kate belajar di sebuah tadika tempatan dan dilaporkan boleh sedikit-sedikit berbahasa Arab.

MESRA dan sahaja. Gambar ini dirakam pada hari konvokesyen Kate dan William. Ketika majlis itu, Naib Canselor Universiti St Andrews, Dr Brian Lang berucap: “Anda mungkin sudah menemui persahabatan yang akan berkekalan sepanjang hidup anda. Anda juga mungkin sudah menemui suami atau isteri anda.”

William yang turut berucap berkata, dia menikmati kehidupan yang bahagia sepanjang berada di St Andrews, tempat dia dilayani seperti pelajar biasa yang lain, masak sendiri, bergaul dengan rakan dan belajar melaksanakan tanggungjawab. Kate berada di sana untuk membantunya dan keakraban mereka dapat dibuktikan dalam gambar ini.

SANTAI dan riang. Gambar daripada koleksi konvokesyen Kate ini dikatakan yang paling disukai ibu bapanya. Dia menamatkan pengajiannya di St Andrews pada Jun 2005. William pada mulanya dikatakan tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan kehidupan di Universiti. Tetapi Kate memujuk dan mendorongnya supaya dia meneruskan belajar di universiti berkenaan. Pada hari konvokesyen itu, Kate dan ibu bapanya dipercayai buat kali pertama menemui Ratu Eli�zabeth yang hadir bersama-sama Putera Charles dan Camilla. Kate dan William kembali ke St Andrews dua minggu lalu untuk kemunculan pertama secara berdua di khalayak ramai selepas bertunang. Kali ini, mereka disambut oleh kira-kira 3,000 orang dan perbarisan tentera. Harian Metro