Ahad, 20 Jun 2010

JPA TIDAK TIDAK MEWAJIBKAN PERTUKARAN PLAT BAGI KENDERAAN YANG MENGANDUNGI SATU (1) DAN DUA (2) ABJAD

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah mula melaksanakan Akta dan Peraturan Plat Pendaftaran Kenderaan atau Identification Mark 2008.Pelaksanaan Akta dan Peraturan Plat Pendaftaran Kenderaan berkenaan adalah tidak mewajibkan Pertukaran Plat Bagi Kenderaan Yang Mengandungi Satu (1) dan Dua (2) Abjad.

Kenderaan-kenderaan yang dimandatkan itu adalah semua Plat Pendaftaran Kenderaan yang mengandungi tiga (3) abjad sahaja dari BAA dan seterusnya bagi menggunakan sukatan dan susunan plat pendaftaran kenderaan yang baru seperti yang dinyatakan di dalam Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Identification Mark) 2008.

Sementara tempoh tarikh bagi penukaran plat pendaftaran kenderaan yang mengandungi tiga abjad masih dikekalkan sehingga penghujung tahun 2010.

Mana-mana kenderaan yang mempunyai satu (1) atau dua (2) abjad yang berkehendak untuk menggantung bilangan pendaftaran berkenaan atau mendaftarkan semula bilangan pendaftaran berkenaan kepada kenderaan yang baru atau yang sedia ada, hendaklah kenderaan berkenaan didaftarkan dengan menggunakan plat pendaftaran kenderaan yang baru iaitu yang mempunyai perbezaan size yang kecil pada huruf dan nombor dan permukaan huruf dan nombor timbul keluar (emboss) dengan menggunakan bahan diperbuat daripada aluminium.

JPD dalam pada itu juga menjelaskan mengenai kenderaan-kenderaan yang tidak dimandatkan untuk menukar kepada plat pendaftaran kenderaan yang baru berpandukan kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat tersebut ialah mana-mana kenderaan yang mengandungi plat pendaftaran kenderaan satu (1) dan dua (2) abjad belum lagi dimandatkan (pada masa ini) untuk menukar kepada plat pendaftaran kenderaan yang baru tetapi adalah digalakkan kepada orang ramai untuk menukar kepada plat pendaftaran kenderaan yang baru.

Mana-mana kenderaan yang mengandungi satu (1) dan dua (2) abjad yang menggunakan plat pendaftaran kenderaan yang lama masih lagi terikat kepada denda yang termaktub di dalam Akta dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya (Identification Mark) 2008.

Sukatan dan susunan hendaklah mengikut susuan akta dan peraturan yang lama. Agensi Penguatkuasaan akan sentiasa memastikan mana-mana kenderaan yang menggunakan plat pendaftaran kenderaan yang lama untuk mengikut sukatan dan susunan di mana sukatan dan susunan bagi plat kenderaan yang lama itu boleh dirujuk atau didapati di Ibu Pejabat JPD.

Manakala sukatan plat lesen bagi motosikal adalah separuh daripada sukatan plat pendaftaran kenderaan.

JPD dalam Sidang Akhbar ini juga menegaskan bahawa mana-mana pihak yang tidak mengikut dan mematuhi peraturan berkenaan akan dikenakan denda iaitu bagi kesalahan pertama denda tidak melebihi satu ribu ringgit (BND1,000.00) dan bagi kesalahan kedua denda tidak melebihi dua ribu ringgit (BND2,000.00) atau penjara tidak melebihi tiga (3) bulan.

Rabu, 16 Jun 2010

SULTAN BRUNEI CERAI AZRINAZ MAZHAR TALAK SATU

Teks Pengistirahan Perceraian antara Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis , 17 Jun. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa baginda atas sebab-sebab yang khas, dipandu dan ditentukan oleh Hukum Syarak dalam perkara perkahwinan dan perceraian, dan juga dengan menepati maksud ayat suci Al-Qur'an Surah Al Baqarah, dari sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (ma'aruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan), maka pada petang Rabu, 16 Jun 2010 bersamaan 3 Rejab 1431 telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar.
Titah perintah baginda itu diumumkan dalam sabda oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar yang disiarkan secara langsung melalui Radio dan Televisyen Brunei pada jam 8.00 malam semalam.

Yang Amat Mulia dalam pengumuman tersebut juga menyabdakan bahawa pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mulai tarikh tersebut, terasul dan gelaran serta Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu adalah ditarik balik.

Berikut dimuatkan teks penuh sabda pengumuman berkenaan :-

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyarafil Mursaleen, Wa'Alaa Aalihihie Wassahbihie Ajma'een.

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa baginda atas sebab-sebab yang khas, dipandu dan ditentukan oleh Hukum Syarak dalam perkara perkahwinan dan perceraian, dan juga dengan menepati maksud ayat suci Al-Quran surah Al-Baqarah, dari sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (ma'aruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan), maka pada petang Rabu, 3 Rejab 1431 bersamaan 16 Jun 2010 telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar.

Maka sehubungan dengan ini, pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mulai tarikh tersebut, terasul dan gelaran serta Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu adalah ditarik balik.

Isnin, 14 Jun 2010

DENDA KOMPAUN JIKA MEROKOK DI TEMPAT AWAM


Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai bahawa merokok di tempat-tempat yang ditegah merokok adalah satu kesalahan di bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturannya 2007.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun atau didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi BND1000.

Di antara kawasan awam yang ditegah merokok termasuk kaki-kaki lima kedai dan pusat membeli-belah, pasar-pasar, gerai-gerai tamu, stesen-stesen dan perhentian-perhentian bas, restoran-restoran dan kedai-kedai makan serta bangunan-bangunan kerajaan.

Kementerian Kesihatan akan terus mengadakan pemantauan aktif dan mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturannya 2007 di seluruh negara.

Untuk makluman orang ramai, kesalahan pertama merokok di tempat yang ditegah merokok akan dikenakan denda kompaun sebanyak BND150 dan BND300 bagi kesalahan kedua.

Manakala bagi kesalahan berikutnya, mereka yang didapati merokok di tempat-tempat awam akan dihadapkan ke mahkamah.

Ahad, 13 Jun 2010

PERSATUAN ORANG KURANG PENDENGARAN KEBANGSAAN DITUBUHKAN

BERAKAS, Ahad, 13 Jun 2010 - Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) telah ditubuhkan. Perasmian persatuan ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Ahli-ahli Tertinggi OKP
Matlamat utama persatuan ini ialah supaya perpaduan dikalangan ahli dan orang ramai (sukarelawan) direalisasikan dari semasa ke semasa serta aktif dalam kehidupan seharian melalui aktiviti keagamaan, sosial-ekonomi, pendidikan, seni budaya dan sukan, serta dalam bidang lain.
Untuk memberikan ruang pergaulan yang lebih luas dan memberi keyakinan diri kepada orang-orang yang mempunyai masalah pendengaran untuk berinteraksi dengan masyarakat normal.

Ahli-ahli OKP

Selain itu OKP ini juga dihasratkan untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat bermasalah pendengaran terutama ahli-ahlinya di semua bidang mengikut keadaan semasa dan berusaha dalam meningkatkan keadaan ekonomi dan status sosial mereka dengan cara menyediakan dam merancang aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial ekonomi, seni, pendidikan, budaya dan sukan serta dalam bidang lainnya.
Suasana majlis perasmian OKP
Dengan tertubuhnya ersatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) akan melahirkan ahli-ahli terutama para penyandang masalah pendengaran yang pro-aktif, aktif, progresif dan dinamik mengikut ke hendak semasa.

Jumaat, 11 Jun 2010

JAPEM, YSHHB & ABDB BAIK PULIH RUMAH HAJAH INTAN

Sungai Akar, 11 Jun 2010 - Sebagai salah satu usaha pihak kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dalam memeduli golongan yang memerlukan terutama sekali mereka yang memerlukan tempat kediaman yang lebih selesa, maka satu projek bagi membaik pulih rumah kediaman Dayang Hajah Intan binti Haji Kula telah sempurna dilaksanakan.


Dayang Hajah Intan membuka tirai penyerahan rumah beliau yang telah dibaik pulih


Bantuan tenaga dan kepakaran bagi projek ini telah diungkayahkan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-49 tahun.

Manakala bantuan kewangan telah disumbangkan oleh pihak kerajaan melalui JAPEM berjumlah $5,000.00 dan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) berjumlah $3,710.00. Kos keseluruhan projek membaik pulih ini berjumlah $8,710.00.

Dayang Hajah Intan berusia 63 tahun, merupakan seorang balu dan merupakan penerima Pencen Umur Tua sebanyak $250.00 sebulan dari JAPEM. Beliau mempunyai seorang anak perempuan. Beliau telah menetap di rumah ini sejak tahun 1975. Pada awalnya rumah beliau dibina di atas tanah tumpang sementara (TOL), sebelum ianya dikurniakan geran tetap pada tahun 1998. Beliau pernah bekerja sebagai Penyedia Minuman di sekolah-sekolah kerajaan dan bersara tahun 2002.

Majlis penyerahan tersebut diadakan pada petang tadi bertempat di kediaman Dayang Hajah Intan bin Haji Kula, Kampong Sungai Akar. Hadir selaku Tetamu-tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman; Pemerintah ABDB, Yang Mulia Mejar Jeneral Haji Aminudin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Siaful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pengarah Urusan YSHHB, Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud.

Turut hadir Pegawai Daerah Brunei Muara, Awang Haji Jamain bin Momin; Pemangku Pengarah JAPEM, Awang Mohd Husaini Abdullah; Pemangku Penghulu Mukim Berakas 'B', Pengiran Ali bin Pengiran Maon; Pegawai-Pegawai Kanan ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Pegawai-Pegawai Kanan YSHHB, Ketua-ketua Kampong di Mukim Berakas 'B' dan penduduk kampong.

Di majlis ini JAPEM juga turut menyumbangkan bantuan makanan asas kepada Dayang Hajah Intan yang disampaikan oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

MENTERI-MENTERI KABINET, TIMBALAN-TIMBALAN MENTERI BRUNEI MENGANGKAT SUMPAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Jun. - Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri Brunei telah Mengangkat Sumpah di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengumumkan rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet Negara Brunei Darussalam dan Pelantikan-pelantikan Baru pada hari Sabtu, 29 Mei 2010 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei kira-kira jam 3.50 petang. Perlantikan tersebut adalah untuk tempoh lima tahun iaitu 2010-2015 dengan bermula pada 29 Mei 2010.

Berikutan dengan rombakan baru, itu keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet kini mengandungi 14 Menteri Kabinet dan lapan orang Timbalan Menteri.

Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan juga Menteri Kewangan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Menteri Pendidikan
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.


Menteri Kesihatan
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Yusof.

Menteri Pembangunan
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Menteri Perhubungan
Yang Berhormat Pehin Orang Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua)
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Menteri Tenaga (Minister of Energy) di Jabatan Perdana Menteri
Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

Menteri Hal Ehwal Ugama
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdulah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abd Wahab bin Juned.

Timbalan Menteri Pertahanan
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappha bin Haji Sirat.

Timbalan Menteri Kewangan
Yang Mulia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Timbalan Menteri Pendidikan
Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail.

Timbalan Menteri Pembangunan
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama
Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman.

Rombakan terakhir barisan Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri diumumkan lima tahun yang lalu pada 24 Mei 2005. Rombakan kabinet kali ini merupakan kali keempat sejak Negara Brunei Darussalam mencapai kedaulatan dan kemerdekaan pada 1 Januari 1984 iaitu lebih 26 tahun yang lalu. Pembentukkan pertama Barisan Menteri-Menteri Kabinet diumumkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 1 Januari 1984. Rombakan pertama berlaku pada Oktober 1986, kedua pada 30 November 1988 dan ketiga pada 24 Mei 2005.