Isnin, 14 Jun 2010

DENDA KOMPAUN JIKA MEROKOK DI TEMPAT AWAM


Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai bahawa merokok di tempat-tempat yang ditegah merokok adalah satu kesalahan di bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturannya 2007.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun atau didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi BND1000.

Di antara kawasan awam yang ditegah merokok termasuk kaki-kaki lima kedai dan pusat membeli-belah, pasar-pasar, gerai-gerai tamu, stesen-stesen dan perhentian-perhentian bas, restoran-restoran dan kedai-kedai makan serta bangunan-bangunan kerajaan.

Kementerian Kesihatan akan terus mengadakan pemantauan aktif dan mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturannya 2007 di seluruh negara.

Untuk makluman orang ramai, kesalahan pertama merokok di tempat yang ditegah merokok akan dikenakan denda kompaun sebanyak BND150 dan BND300 bagi kesalahan kedua.

Manakala bagi kesalahan berikutnya, mereka yang didapati merokok di tempat-tempat awam akan dihadapkan ke mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan