Ahad, 20 Jun 2010

JPA TIDAK TIDAK MEWAJIBKAN PERTUKARAN PLAT BAGI KENDERAAN YANG MENGANDUNGI SATU (1) DAN DUA (2) ABJAD

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah mula melaksanakan Akta dan Peraturan Plat Pendaftaran Kenderaan atau Identification Mark 2008.Pelaksanaan Akta dan Peraturan Plat Pendaftaran Kenderaan berkenaan adalah tidak mewajibkan Pertukaran Plat Bagi Kenderaan Yang Mengandungi Satu (1) dan Dua (2) Abjad.

Kenderaan-kenderaan yang dimandatkan itu adalah semua Plat Pendaftaran Kenderaan yang mengandungi tiga (3) abjad sahaja dari BAA dan seterusnya bagi menggunakan sukatan dan susunan plat pendaftaran kenderaan yang baru seperti yang dinyatakan di dalam Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Identification Mark) 2008.

Sementara tempoh tarikh bagi penukaran plat pendaftaran kenderaan yang mengandungi tiga abjad masih dikekalkan sehingga penghujung tahun 2010.

Mana-mana kenderaan yang mempunyai satu (1) atau dua (2) abjad yang berkehendak untuk menggantung bilangan pendaftaran berkenaan atau mendaftarkan semula bilangan pendaftaran berkenaan kepada kenderaan yang baru atau yang sedia ada, hendaklah kenderaan berkenaan didaftarkan dengan menggunakan plat pendaftaran kenderaan yang baru iaitu yang mempunyai perbezaan size yang kecil pada huruf dan nombor dan permukaan huruf dan nombor timbul keluar (emboss) dengan menggunakan bahan diperbuat daripada aluminium.

JPD dalam pada itu juga menjelaskan mengenai kenderaan-kenderaan yang tidak dimandatkan untuk menukar kepada plat pendaftaran kenderaan yang baru berpandukan kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat tersebut ialah mana-mana kenderaan yang mengandungi plat pendaftaran kenderaan satu (1) dan dua (2) abjad belum lagi dimandatkan (pada masa ini) untuk menukar kepada plat pendaftaran kenderaan yang baru tetapi adalah digalakkan kepada orang ramai untuk menukar kepada plat pendaftaran kenderaan yang baru.

Mana-mana kenderaan yang mengandungi satu (1) dan dua (2) abjad yang menggunakan plat pendaftaran kenderaan yang lama masih lagi terikat kepada denda yang termaktub di dalam Akta dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya (Identification Mark) 2008.

Sukatan dan susunan hendaklah mengikut susuan akta dan peraturan yang lama. Agensi Penguatkuasaan akan sentiasa memastikan mana-mana kenderaan yang menggunakan plat pendaftaran kenderaan yang lama untuk mengikut sukatan dan susunan di mana sukatan dan susunan bagi plat kenderaan yang lama itu boleh dirujuk atau didapati di Ibu Pejabat JPD.

Manakala sukatan plat lesen bagi motosikal adalah separuh daripada sukatan plat pendaftaran kenderaan.

JPD dalam Sidang Akhbar ini juga menegaskan bahawa mana-mana pihak yang tidak mengikut dan mematuhi peraturan berkenaan akan dikenakan denda iaitu bagi kesalahan pertama denda tidak melebihi satu ribu ringgit (BND1,000.00) dan bagi kesalahan kedua denda tidak melebihi dua ribu ringgit (BND2,000.00) atau penjara tidak melebihi tiga (3) bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan