BEBERAPA kali saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa nama-nama Allah swt dan Nabi Muhammad saw dengan pesanan jika saya menghantar SMS itu kepada sejumlah orang maka saya akan mendapat berita baik dalam masa tujuh hari.
Namun, jika saya tidak melakukannya, saya akan mendapat bencana atau bala selama enam tahun dan kata-kata ugutan yang senada dengannya.
Kerap kali, penghantar asal tidak diketahui. Yang melanjutkan rangkaian penghantaran SMS adalah mereka yang takut dengan ugutan tersebut atau mempercayai janji palsu selepas tujuh hari atau sekadar ingin mencuba nasib.
Agama Islam tidak pernah memberatkan umatnya dengan perbuatan sedemikian bahkan ia juga bercanggah dengan akidah kerana nasib kita telah ditentukan Allah dan termaktub di lohmahfuz dan tidak bergantung pada hantaran SMS.
Diharapkan agar penerima SMS sedemikian tidak melayannya dan menghentikan penyebarannya agar perkara bodoh sedemikian tidak mempengaruhi masyarakat kita yang semakin menghadapi berbagai-bagai cabaran.
Usaha bersama yang gigih dan konsisten serta doa yang bersungguh-sungguh sahaja yang dapat merubah nasib kita dan bukan penghantaran SMS yang tidak realistik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan