Ahad, 18 Julai 2010

Masalah pada iPhone 4: Apple beri sarung percuma

CUPERTINO, California 17 Julai - Apple berkata, pembeli model iPhone terbaru bakal diberikan sarung pelindung secara percuma bagi mengurangkan masalah gangguan isyarat.

Telefon itu mengalami masalah gangguan pada isyarat wayarles jika memegang telefon itu dengan tangan terdedah atau dikenali sebagai "pegangan maut".

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc., Steve Jobs ketika mengumumkan perkara itu di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini berkata, mereka yang telah membeli dan bakal membeli telefon itu layak menerimanya.

iPhone 4 banyak menerima rungutan mengenai masalah antenanya sejak mula dijual di Amerika Syarikat, tiga minggu lalu.

Isnin lalu, majalah Consumer Reports berkata, ujian teliti yang dijalankan telah mengesahkan isu berkenaan. Majalah tersebut enggan mengesyorkan telefon itu dan menyuruh Apple membayar ganti rugi kepada pembeli. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan