ROME: Kecuaian menarik brek tangan kereta menyebabkan seorang pemandu terbabas dan terjatuh ke atas bumbung rumah sejurus selepas dia berhenti menikmati panorama dari atas gunung.
NASIB BAIK... keadaan kereta Maria yang menimpa bilik mandi kosong sebuah rumah di Alassio, Itali.Dalam kejadian itu, Maria Rizzo, 34, dikatakan mengantuk dan berhenti seketika di jalan pinggir gunung di Alassio, utara Itali.
Ketika keluar berehat dan cuba melelapkan mata, Maria tidak sedar kereta Fiat Panda miliknya menggelungsur.
Selepas merempuh besi penghadang, kereta itu terjatuh dan menghempap sebuah rumah tidak jauh dari situ.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan apabila kediaman berkenaan kosong ketika kereta Maria terjatuh ke atas bilik mandi rumah itu. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan