Isnin, 20 Disember 2010

Dating eratkan hubungan

SUDAH berapa lama anda dan pasangan tidak meluangkan masa berdua-duaan pada hujung minggu? Kenapa sebelum kahwin kita berusaha untuk bersiar-siar bersama-sama tetapi selepas kahwin memberikan pelbagai alasan?

Jadi, apa salahnya pada hujung minggu, anda dan pasangan keluar berdua-duaan.

Selain menyeimbangkan masa mahupun mengembalikan nostalgia masa lalu, keluar dating dengan pasangan dapat memberikan ruang dan masa berbual bersama, menyelami hati masing-masing dan memberikan sedikit rasa kemesraan.

Tidak semestinya keluar dating ini memerlukan duit poket banyak, memadailah dengan mengunjungi tempat yang berpatutan dengan bajet anda.

Tapi sebelum keluar pastikan anak-anak diurus dengan sebaiknya atau mendapatkan penjaga untuk mereka.

Aktiviti ketika berdating

Makan bersama

Tidak kisahlah anda hendak makan waktu apa, sarapan, tengah hari, petang mahupun malam.

Kalau makan malam pastinya ia makan di bawah sinaran cahaya , romantiknya.

Bermain boling atau ke taman bunga

Bagi yang tidak pandai bermain boling, saat inilah pasangannya boleh memberi tunjuk ajar. Cubalah, pastinya pegangan-pegangan sayang daripada pasangan anda itu menjadi.

Ambil gambar kenangan

Sediakan kamera untuk merakam gambar kenangan anda berdua. Gambar ini akan meninggalkan kenangan dengan pasangan ketika bersama.

Menonton wayang

Juga satu kelebihan bagi mereka yang inginkan perhubungan yang hangat. Mungkin boleh menonton cerita yang agak romantik. Bukan cerita itu yang penting tetapi saat bersama itu yang mustahak.

Panduan ketika berdating

Tampil dengan perubahan

Biarpun tidak memerlukan pakaian yang mahal dan terdedah, penampilan tidak perlu terlalu over. Cukup sekadar dilihat oleh pasangan anda sesuatu yang baru dan menyenangkan hati. Pakailah sedikit mekap untuk penyeri sekiranya anda di rumah kelihatan kusut-masai.

Berpegangan tangan

Apa yang nak dimalukan untuk berpegangan tangan. Pada waktu ini semua orang akan melihat betapa intimnya anda dengan pasangan.

Jangan jadi bisu

Pastikan sepanjang bersama pasangan, banyak perkara dibincangkan. Bukanlah perkara yang terlalu berat untuk difikirkan tetapi topik yang menjadikan saat anda bersama itu indah.

Selasa, 7 Disember 2010

FBI keluar amaran untuk patung Barbie berkamera video


BARBIE VIDEO GIRL: Kamera video kecil yang diselindungi dalam satu loket di dadanya dikatakan boleh disalah guna untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak, menyebabkan FBI mengeluarkan 'amaran jenayah siber' untuknya. -- Foto REUTERS

LOS ANGELES (Amerika Syarikat): Biro Siasatan Federal (FBI) mengeluarkan 'amaran jenayah siber' untuk patung baru Barbie yang dilengkapi kamera video kecil tersembunyi di bahagian dadanya.

FBI berkata mainan itu boleh disalah guna untuk menghasilkan pornografi kanak- kanak.

Laporan yang dikeluarkan pejabat FBI Sacramento pada 30 November lalu itu memberi amaran bahawa kamera patung mainan tersebut boleh merakam video sehingga 30 minit yang boleh dimuat turun.

Amaran itu mendapat liputan media selepas dihantar kepada beberapa organisasi berita secara tidak sengaja.

Seorang jurucakap wanita FBI cuba mengawal keadaan dengan menyatakan laporan itu adalah untuk kegunaan penguat kuasa undang- undang.

'Tiada laporan mengenai insiden patung mainan ini digunakan untuk perkara lain selain tujuan asalnya.

'Sebagai penjelasan, tujuan amaran itu adalah untuk memastikan agensi penguat kuasa sedar bahawa patung mainan itu, sama seperti peralatan dengan keupayaan merakam video, boleh mengandungi bukti dan tidak seharusnya diabaikan ketika sesuatu pemeriksaan,' kata jurucakap wanita itu, yang berpangkalan di Washington, dalam satu kenyataan.

Patung Barbie Video Girl buatan Mattel Inc yang mula dipasarkan pada Julai lalu pada harga AS$49.99 ($65.23) itu dilengkapi kamera video di dadanya yang diselindungi dalam satu loket.

Rakaman kamera video itu boleh ditonton pada layar LCD pada bahagian belakang patung tersebut atau dimuat turun ke komputer.

Amaran FBI itu menyatakan tiada tanda-tanda rakaman video tersebut boleh disalurkan terus ke Internet. -- Reuters

Rabu, 1 Disember 2010

Facebook rosak rumah tangga

BANYAK MUDARAT...kajian menunjukkan, sesetengah pengguna laman sesawang sosial berbual mengenai seks dengan kenalan tidak sepatutnya.

LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.

Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.

Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian.

Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).

Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.

Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.

Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook. - Agensi

Sejarah papan kekunci QWERTY


Telefon bimbit pintar hari ini kebanyakkannya dilengkapi dengan papan kekunci QWERTY sama pada yang terdapat di papan kekunci komputer.

Sebenarnya, panggilan QWERTY itu diperoleh daripada jujukan enam huruf pertama dalam barisan teratas susunan huruf pada papan kekunci.

Reka bentuk itu telah dipatenkan oleh seorang editor akhbar dari Amerika Syarikat, Milwaukee pada tahun 1874.

Papan QWERTY itu muncul buat kali pertama pada mesin taip di mana pada asalnya susunan huruf pada mesin itu mengikut urutan abjad.

Penciptaan QWERTY itu adalah bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaip selain mengurangkan kesilapan.

Melihat dari sudut logik lain pula, menerusi QWERTY kebanyakkan perkataan Bahasa Inggeris boleh ditaip menggunakan tangan kiri sementara tangan kanan bebas untuk mengawal tetikus.

Isnin, 29 November 2010

4 wanita yang ditinggal William

SEHATI SEJIWA...Kate dan William ketika mengumumkan pertunangan mereka, minggu lalu. Pengumuman pertunangan Putera William dan Kate Middleton disambut dengan gembira rakyat Britain tetapi bagi beberapa gadis yang pernah menjadi teman wanita putera itu ketika zaman remajanya, mereka mungkin tertanya-tanya mengapa Kate yang menjadi pilihan hati pewaris takhta Britain itu.

Pengumuman pertunangan Putera William dan Kate Middleton disambut dengan gembira rakyat Britain tetapi bagi beberapa gadis yang pernah menjadi teman wanita putera itu ketika zaman remajanya, mereka mungkin tertanya-tanya mengapa Kate yang menjadi pilihan hati pewaris takhta Britain itu.

Rose Farquhar


Wanita berusia 26 tahun yang bakal menjadi aktres ini mencuri hati William ketika dia meninggalkan Kolej Eton pada musim panas 2000.

William dan Rose, anak Kapten Ian Farquhar, pemilik estet Beaufort Hunt adalah rakan baik sejak kecil.

Rose yang gagal mendapat tempat dalam acara akhir program realiti TV, How Do You Solve A Problem Like Maria? terbitan Andrew Lloyd Webber melanjutkan pe�ngajian di sekolah lakonan Institut Lee Strasberg di New York dan sudahpun merakamkan album solo.

Jecca Craig

William amat terpikat dengan kecantikan gadis berambut hitam ini ketika mereka bertemu pada usia 16 tahun. Sewaktu William pulang daripada berkunjung ke kediaman keluarga Jecca di Lewa Downs, Ke�nya mereka pura-pura mengikat tali pertunangan.

Jecca, 28, kini menjadi pengurus perancang majlis. Dia memutuskan pertunangannya dengan teman lelakinya, Hugh Crossley, pengarah syarikat pelaburan, Equitix tahun lalu. William masih mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Jecca hingga sanggup tidak menghadiri perkahwinan sepupunya, Peter Phillips ke�rana menghadiri majlis perkahwinan abang Jecca, Batian pada 2008.

Olivia Hunt


Olivia menjalin hubungan singkat dengan William di Universiti St Andrews tetapi percintaan mereka terkandas selepas kemunculan Kate.

Ketiga-tiga mereka kekal berkawan dan pernah bermain ski bersama-sama di Klosters. Olivia, 28, kemudian menjadi teman wanita William van Cutsem, anak kepada rakan Putera Charles, Hugh tetapi hubungan itu tidak berkekalan.

Isabella Anstruther-Gough-Calthorpe


William dikatakan mabuk asmara dengan aktres ini. Satu sumber melaporkan pasangan itu berbual sepanjang malam di parti tari-menari pada 2004 hingga menyebabkan Kate cemburu lalu bersemuka dengan putera itu bagi mendapat kepastian mengenai hubungannya dengan William. Namun, keadaan berubah selepas putera itu dan Kate kembali menjalin hubungan.

Isabella, 30, kemudian menjalin hubungan dengan rakan William iaitu Sam Branson, anak jutawan Richard Branson tetapi hubungan mereka putus pada musim panas lalu. Isabella kini berpacaran dengan pelakon dan juga rakan ketika zaman kanak-kanaknya, Sam Hoare.

Rabu, 10 November 2010

Sukan Asia ke-16, 2010

Sukan Asia 2010, juga dikenali sebagai Asiad XVI, akan diadakan di Guangzhou, China dari 12 November hingga 27 November, 2010. Guangzhou merupakan bandar raya kedua di China yang menjadi tuan rumah selepas Beijing pada 1990. Sejumlah 476 acara dalam 42 sukan dijangka dipertandingkan oleh atlit, menjadikannya acara terbanyak dalam sejarah Sukan. Ia juga adalah yang terakhir untuk mempersembahkan acara yang sebegini besar, sebagaimana Majlis Olimpik Asia (OCA) telah menguatkuasa peraturan penganjuran baru untuk temasya masa depan, bermula dengan Temasya 2014.

Di Doha, Qatar pada Julai 1, 2004, Guangzhou telah dianugerahkan hak untuk menganjurkan Temasya.Keputusan ini dicapai selepas beberapa bandar lain menarik diri, dengan alasan tersendiri. Seoul menarik diri selepas considering the short span of time antara 2002 dan 2010, kerana Korea Selatan menganjurkan Temasya tersebut, lapan tahun sebelumnya, di 2002 di Busan.Kuala Lumpur dipaksa untuk menarik kembali bida mereka, selepas ia diboikot oleh kabinet, berikutan kos yang tinggi penganjuran Temasya, meninggalkan Guangzhou sebagai pembida tunggal.

Terdapat 53 venue pertandingan dan 17 venues latihan untuk Temasya ini. Ini termasuk Asian Games Town yang terdiri daripada Perkampungan Atlet, Perkampungan Pegawai Teknikal, Perkampungan Media, Pusat Media Utama dan Pusat Penyiaran Antarabangsa. Penganjur memberitahu jumlah pelaburan melebihi ¥15 bilion.

Veneu baru termasuk: Gimnasium Bandar Sukan Asia, Velodrom Guangzhou, Pusat Aquatik Olimpik Guangdong, Gimnasium Nansha, Pusat Tenis Olimpik Guangdong, Gimnasium Guangti, Guangzhou Shotgun Centre and Pusat Gimnasium Sukan Huangpu.

Venue yang diubahsuai termasuk: Gimnasium Guangzhou, Stadium Olimpik Guangdong, Stadium Tianhe, Pusat Tenis Fangcun, University Town, Guangdong International Rowing Centre, Pusat Gimnasium Sukan Huang Pu, Yan Zi Gang Stadium, Guangdong Peoples' Stadium, Pusat Tenis Olimpik Guangdong dan Stadium Yuexiushan.

Pada April 19, 2009, penganjur memilih Pulau Haixinsha di Sungai Mutiara sebagai venue untuk upacara perasmian dan penutupan.

Sukan Asia 2010 akan dipertandingkan 42 acara selama 16 hari pertandingan, dengan disiplin dalam beberapa acara. Bola sepak akan diadakan sebelum upacara perasmian, 28 dan 5 pemenang pingat emas dikalung pada hari pembukaan dan penutupan, dengan sejumlah 48 pemenang pingat emas dikalung pada November 25, 2010, yang terbanyak dalam satu hari.

Ahad, 7 November 2010

Buat baik: Amal dulu sebelum suruh orang lain

SEKS bebas merupakan satu penyakit yang sukar diubati' kerana dimanjakan' oleh sesetengah remaja. Malah, bagi yang berpasangan (sedang berkasih), mereka menganggapnya sebagai satu kemestian.

Malangnya, mereka kurang memperhatikan risiko sebenar kerana 'kenikmatan menutup segala keperitan dan kesengsaraan'.

Untuk membantu remaja ini, setiap individu (kaunselor/asatizah) yang berlibat dalam membetulkan tanggapan yang silap ini harus menjadi seorang pemain', dan bukan jurulatih yang mengarahkan itu dan ini.

Sebagai pemain', individu itu harus mampu berjuang di samping remaja-remaja tersebut.

Ibu bapa pula harus membuka mata bukan hanya dalam keadaan sedar, tetapi juga setelah melelapkan mata.

Mereka harus memainkan peranan lebih aktif seperti memberi rang undang-undang bertulis' kepada setiap anak remaja.

Catatkan segala undang-undang kekeluargaan yang dirasakan wajar untuk dilaksanakan bersama.

Contohnya, jam berapa harus bangun untuk solat subuh, bila harus pulang ke rumah atau keluar bersama rakan-rakan.

Rang undang-undang itu harus ditandatangani berserta tarikhnya sekali agar ia menjadi satu bukti jika terjadi perselisihan.

Kaedah ini telah dilaksanakan beberapa ibu bapa yang mahukan satu sistem hormat-menghormati di antara anak remaja dengan mereka.

Alhamdulillah, ia membuahkan hasil.

Para ibu bapa juga harus bertindak seperti CID' (polis). Maksud saya, mereka hendaklah memeriksa beg dan saku anak-anak setiap kali pulang ke rumah dengan harapan tiada benda-benda yang tidak diingini dibawa masuk ke dalam rumah.

Ini memberi isyarat kepada remaja bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya membawa balik barang-barang yang tidak baik ke rumah. Mereka akan lebih berwaspada dan berhati-hati.

Soal solat, berat. Soal nak suruh belajar agama, payah. Yang penting, ibu bapa harus memulakan perbuatan yang baik sebelum menyuruh anak-anak mereka.

Bapa tidak solat, tapi suruh bersolat. Aneh bukan?

Ada sesetengah ibu bapa berleter menyuruh anak remaja mereka belajar agama, tetapi mereka sendiri tidak melangkahkan kaki ke kelas agama.

Pernah seorang gadis berusia 19 tahun bersama ibunya datang bertemu saya. Ibunya mahu saya menasihati anaknya agar memakai tudung.

Anak gadis itu menolak keras dengan berkata: 'Ustaz, saya akan pakai tudung dengan satu syarat. Suruh mak saya beritahu saya, mana perintah suruh pakai tudung dalam Al-Quran? Kalau mak saya boleh jawab, saya akan mula bertudung. Saya tidak mahu ikut-ikut. Ustaz, mak saya bertudung tapi tak solat.'

Justeru, langkah pertama untuk mendidik anak remaja adalah ibu bapa menunjukkan contoh terlebih dahulu, meningkatkan pengetahuan agama, sering ke masjid atau ke forum agama, membaca Al-Quran dan bersolat malam.

Bagi remaja pula, mereka harus lebih peka tentang kehidupan mereka. Mereka harus merubah apa yang perlu diubah.

Mereka tidak boleh menuding jari ke arah orang lain. Buat baik bukan kerana orang, buat salah jangan salahkan orang.

Para remaja harus menjaga kehormatan dan maruah diri mereka di mana sahaja mereka berada.

Jangan cepat terpedaya dengan ajakan teman anda yang menjadi wakil-wakil iblis'.

Empat perkara ini mungkin dapat membantu:

Pertama; Usah berkawan dengan teman-teman yang tidak baik. Pilihlah teman yang peka dengan waktu solat walaupun berada di tengah-tengah bandar yang sibuk. Pilihlah teman yang mampu menegur segala kesilapan yang tidak disengajakan. Teguran membina, membawa perubahan yang bahagia.

Kedua; Jangan pergi ke tempat tidak elok. Teman yang baik tidak akan melangkahkan kaki ke tempat seperti pub, disko, kelab karaoke, tempat minuman keras dan sebagainya.

Ketiga; Jangan cuba-cuba nak buat jahat. Ingat, teman jahat sentiasa mengajak melakukan perbuatan jahat. Mereka mahu teman-teman mereka bersekongkol dalam kejahatan agar mereka dilihat sebagai kumpulan yang besar dan bergaya.

Keempat; Jangan bangga dengan perbuatan jahat. Sekiranya anda berbuat salah, mohon ampun kepada Allah dan minta pertolongan ibu bapa. Mereka berdua adalah sebaik-baik tempat untuk memberi nasihat dan menyediakan jalan keluar.

Saya bangga apabila Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) memainkan peranan dalam membantu menjana remaja terbilang di negara kita.

Namun, ia tidak akan menjadi kenyataan sekiranya semua yang terlibat hanya mahu menjadi jurulatih' atau menjadi pengarah' saja.

Banyak lisan yang diutarakan tapi di mana keberkesanannya?

Kita harus turun padang seperti para sahabat' yang menjuangkan kalimah dan agama Allah.

Yang bercakap begitu ramai, tetapi di mana telinga-telinga' apabila diperlukan?

Peranan ini tidak harus dimainkan oleh masjid-masjid sahaja. Malah pusat pendidikan agama swasta juga dapat memainkan peranan kerana ramai remaja menimba ilmu di institusi tersebut.

Dari sini, kita harus memulakan acara memancing' dan mendidik mereka tentang kepentingan memilih teman agar mereka dapat menjadi DUTA di kalangan mereka sendiri. Teman bukan untuk hari ini dan esok, tetapi untuk selama-lamanya. http://cyberita.asia1.com.sg

Kuku tangan memanjang tiga milimeter sebulan


Kuku merupakann struktur separa keras dan berbentuk runcing yang terletak di bahagian hujung jari manusia. Ketebalan kuku normal adalah kira-kira 0.43 milimeter (mm) dan terdiri daripada tiga lapisan seperti eponikium iaitu lapisan kulit lut cahaya yang berada di pangkal kuku, paronikium iaitu lapisan kulit di sisi kuku dan hiponikium iaitu bahagian antara hujung kuku dengan hujung jari.

Isi kuku merupakan tisu yang menyambungkan dan melekatkan kuku dengan kulit manakala akar kuku adalah bahagian yang terbenam di bawah kulit. Kuku tangan manusia akan mengalami pertumbuhan sepanjang tiga mm sebulan dan ia akan mentgambil masa selama tiga hingga enam bulan untuk menggantikan kuku lama.

Kuku bertumbuh pada setiap masa di manakadar pemanjangannya adalah bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, suhu badan, diet dan juga keturunan.

PERLAKSANAAN PINDAAN-PINDAAN KE ATAS KADAR DUTI DAN KEISTIMEWAAN BAGI PENGIMPORTAN ROKOK, TEMBAKAU DAN PRODUK-PRODUK TEMBAKAU DI BRUNEI DARUSSALAM

1 November 2010 - PADA menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kewangan sukacita memaklumkan bahawa baginda telah memperkenankan pindaan ke atas duti eksais bagi rokok, tembakau dan produk-produk tembakau melalui penguatkuasaan Perintah Duti Import Kastam (Pindaan), 2010 [Customs Import Duties (Amendment) Order, 2010] dan Perintah Duti Eksais (Pindaan), 2010 [Excise Duties (Amendment) Order, 2010].
Perintah-perintah tersebut akan berkuat kuasa mulai hari Isnin, 1 November 2010 dan melibatkan perubahan ke atas duti eksais bagi rokok, tembakau dan produk tembakau seperti mana Jadual Kedua Pindaan Perintah tersebut (Lampiran 1) dan juga melibatkan penghapusan keistimewaan konsesi bebas duti yang diberikan dalam perkara-perkara tertentu.

Tujuan utama pindaan ini adalah sebagai usaha berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini, terutama dalam membantu mengurangkan risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan merokok di negara ini.

Oleh itu, selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perintah Kastam 2006, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja akan mengambil tindakan undang-undang yang bersesuaian ke atas sebarang kesalahan yang melanggar kehendak-kehendak Pindaan baru tersebut dan syarat-syarat yang dikenakan seperti kegagalan mengikrarkan kemasukan komoditi-komoditi tersebut di negara ini dan sebagainya.

Keterangan ringkas mengenai Perintah Pindaan tersebut adalah seperti berikut.

1. Perintah Duti Eksais (Pindaan), 2010-10-30
Meminda kadar cukai eksais bagi rokok seperti berikut :

i. Bagi komoditi rokok akan dikenakan cukai sebanyak BND0.25 setiap batang rokok berbanding BND60/kg yang dikenakan pada masa ini; (pada masa ini, kadar duti eksais adalah dikenakan dengan kadar mengikut berat timbangan setiap kilogram)

ii. Bagi 'unmanufactured tobacco and tobacco refuse' kadar duti akan dinaikan daripada BND30/kg kepada BND60/kg;

iii. Bagi lain-lain 'manufactured Tobacco' kadar duti akan dinaikan daripada BND35/kg (manufactured tobacco blended for cigarettes making - not finished products) dan BND60/kg (blended for retail sale) kepada BND120/kg dan

iv. Bagi 'cigar, cheroots and cigarillos' kadar duti akan dinaikkan daripada BND60/kg kepada BND120/kg dan daripada BND100/kg kepada BND200/kg.

2. Jadual Kedua, Perintah Duti Import Kastam (Pindaan), 2010-10-30.

Meniadakan keistimewaan konsesi bebas duti kepada penumpang-penumpang yang membawa rokok yang tiba di negara ini yang berumur 17 tahun ke atas yang tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan pintu-pintu masuk ke negara ini yang dibebaskan daripada membayar duti bagi jumlah rokok yang dibawa tidak melebihi 200 batang.

Selasa, 26 Oktober 2010

Sotong 'ajaib' Paul mati


BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

"Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

"Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri," kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Semasa Kejohanan Piala Dunia lalu, Paul berjaya meramal tepat pemenang bagi lapan perlawanan, termasuk perlawanan akhir apabila Sepanyol menewaskan Belanda dengan jaringan 1-0.

Semasa ramalan dilakukan, dua kotak yang tertera bendera pasukan bertanding, diletakkan di dasar akuarium.

Sambil disaksikan pemberita-pemberita, Paul akan berenang ke arah satu kotak, mengembangkan tentakelnya dan melekap pada kotak tertera bendera pasukan yang diramal akan memenangi satu-satu perlawanan.

Pusat Hidupan Laut Oberhausen berkata, Paul kini ditempatkan di dalam peti sejuk, sementara pihaknya menentukan upacara terbaik bagi mengenangnya.

Porwoll bagaimanapun berkata, peminat-peminat sotong kurita itu tidak perlu bersedih dengan kematian Paul kerana pihaknya sedang melatih seekor sotong kurita lain yang akan diberi nama 'Paul'.

"Kami mungkin akan menanam Paul di kawasan pusat hidupan laut ini dan membina satu tapak peringatan kecil untuknya.

"Walaupun ini satu tindakan pelik yang dilakukan untuk seekor hidupan laut, Paul mencipta populariti semasa hidup yang boleh dianggap sebagai wajar dilakukan," kata Porwoll. - AFP

Jumaat, 22 Oktober 2010

Rooney main wayang?

Wayne Rooney sekali lagi membuat kejutan apabila menandatangani kontrak baru bersama Manchester United, semalam walaupun beberapa hari lalu dia mengumumkan mahu meninggalkan kelab di Old Trafford itu. - AFP

LONDON - Wayne Rooney membuat 'pusingan U', apabila mengumumkan kekal bersama Manchester United dan bersetuju memperbaharui kontrak lima tahun, semalam.

Keputusan itu mengundang persoalan, mungkinkah penyerang England itu sekadar 'main wayang' setelah bersungguh-sungguh menunjukkan keinginan untuk meninggalkan United.

Laman web kelab itu menyatakan: ''Wayne Rooney telah bersetuju untuk mengikat kontrak lima tahun bersama United, sehingga Jun 2015''..

Rooney, yang dilaporkan menuntut gaji sebanyak 150,000 pound seminggu selepas cukai, menegaskan persetujuan itu dibuat, setelah Alex Ferguson memberi jaminan bahawa United akan terus komited sebagai pasukan yang hebat.''Saya gembira menandatangani kontrak baru ini.

''Sejak beberapa hari lalu, saya telah berbincang dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka telah menyakinkan bahawa saya seharusnya berasa bangga bersama kelab ini.

''Pengurus (Ferguson) seorang yang bijak, kepercayaan serta keyakinan beliau, menjadi faktor utama untuk saya kekal di sini.

''Saya telah menandatangani perjanjian baru yang mana kepercayaan pihak pengurusan, kakitangan kejurulatihan, ahli lembaga dan pemilik, telah menyatakan komitmen untuk memastikan United kekal sebagai sebuah kelab yang memiliki sejarah kejuaraan membanggakan, yang merupakan faktor utama saya menyertai kelab ini.''

Sebelum ini, Ferguson mendedahkan rundingan kontrak dengan Rooney, yang tamat Ogos lalu, gagal menemui penyelesaian dan menyatakan pemain itu akan dijual.

Kenyataan Ferguson bahawa Rooney tidak menghormati United, menggambar hubungan dingin di antara dua mereka. Ini disebabkan kedua-duanya berperang mulut, ekoran keputusan Ferguson merehatkan pemain itu dalam tiga perlawanan, kerana cedera buku lali.

Namun, semalam Ferguson gembira dengan keputusan Rooney: ''Minggu ini amat sukar, tetapi liputan hangat yang diberikan, sememangnya sudah dijangka.

''Saya berkata kepadanya bahawa pintu sentiasa terbuka untuknya, saya gembira Wayne bersetuju untuk kekal.

''Kadang kala, apabila anda berada di kelab ini, sukar untuk anda menyedari betapa pentingnya kelab ini. Sehinggalah berlaku sesuatu, barulah anda lebih memahami.

''Saya rasa Wayne kini memahami apakah kehebatan kelab seperti Manchester United ini.''

Rooney dikaitkan dengan perpindahan Manchester City, yang membangkitkan kemarahan penyokong.

Sekumpulan penyokong berhimpun di depan kediaman pemain itu, sebagai membantah keputusannya, sehingga polis terpaksa menyuraikan perhimpunan tersebut. - AFP

Rooney tak hormat MU


PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson, yang pernah menjual beberapa pemain ternama sebelum ini, diuji tahap kesabarannya dan menyedari kuasanya berkurangan apabila gagal untuk memujuk Wayne Rooney kekal di kelab itu.

Rooney mungkin mengubah fikirannya tetapi prospek penyerang England itu menuruti jejak langkah Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez mengangkat kaki dari Old Trafford menyebabkan Ferguson terpaksa berfikir secara mendalam kerana perlu membina semula pasukan ketika beliau menghampiri suku angka abad menerajui kelab itu.

Dengan generasi pemain yang membantu United meraih apa yang mereka capai setakat ini, pemain seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes, semakin menghampiri persaraan, pengurus berbangsa Scotland berusia 68 tahun itu perlu banyak berfikir.

Malah beliau kelihatan terkejut berbanding orang lain, seakan-akan tidak percaya pemain Inggeris yang hampir sampai ke puncak keupayaannya seperti Rooney, mahu meninggalkan Old Trafford.

Akhbar Inggeris memuatkan berita bagaimana pemain seperti David Beckham, Roy Keane, Ruud van Nistelrooy, Jaap Stam dan Paul Ince, di sebalik status profil tinggi mereka, ditunjukkan pintu keluar selepas tidak sefahaman dengan pengurus itu.

Namun kes ini amat berbeza.

Ferguson berkata kelmarin beliau asalnya diberitahu mengenai keputusan Rooney oleh ketua eksekutif kelab, David Gill dan hanya selepas itu mendengar daripada mulut pemain itu sendiri bahawa dia "mahu keluar".

Ia membuatkan beliau berasa sakit hati secara profesional dan terluka secara peribadi dan ketika tampil di depan media, Ferguson hampir dilihat sebagai seorang bapa yang kecewa terpaksa berdepan kesalahan seorang anak lelaki yang curang.

"Saya tidak percaya, saya tergamam," kata Ferguson kepada MUTV.

"Kami sudah melakukan segala-galanya yang termampu buat Wayne Rooney sejak minit pertama dia hadir di kelab ini. Kami sering berada di sana sebagai tempatnya berlindung.

"Kami membantunya daripada segi kehidupan peribadinya dan perkara lain... nasihat yang kami berikan kepadanya - malah saya pernah bersedia memberikannya nasihat kewangan, banyak kali," kata Ferguson.

Sudah tentu ada persoalan mengenai berapa lama Ferguson, yang mengumumkan menarik balik perancangannya untuk bersara pada 2002, akan terus kekal.

Di depan sidang akhbar yang penuh, Ferguson kelihatan bukan seperti dirinya sendiri ketika beliau membaca satu kenyataan, berkata pada Mac Rooney bercakap mengenai kekal di United sepanjang hayat dan bagaimana beliau tidak tahu apa yang mengubah fikiran penyerang itu.

"Ada kekecewaan beberapa kali apabila anda terpaksa menangani masalah dengan pemain zaman moden," kata Ferguson.

"Ia tidak mudah seperti beberapa tahun lalu apabila anda berunding mengenai kontrak, kerana ketika itu pemain terpaksa bergantung dan percaya kepada pengurus. Sebagai pengurus, anda lebih banyak ada hubungan dengan ibu bapa ketika itu.

"Kami kini berunding dengan ejen yang bergantung sepenuhnya terhadap pemain... kami tinggal di sebuah dunia berbeza sekarang dan kami perlu menanganinya dengan cara berbeza. Ia menyedihkan tapi itulah hakikatnya." Sudah pasti, ketika beliau meratapi kurangnya kesetiaan di kalangan pemain moden, Ferguson terlepas pandang hakikat bahawa Everton, yang memperkenalkan Rooney sebelum disambar United sebagai seorang pemain berusia 18 tahun, juga kecewa apabila kelab Old Trafford itu tampil membawa buku cek mereka enam tahun lalu.

Apabila Ferguson mengambil alih daripada Ron Atkinson pada November 1986, keluarga Rooney menikmati parti sambutan hari jadi pertamanya dan mungkin kini jurang usia itu semakin jauh.

Rooney, yang akan berusia 25 tahun Ahad ini, muncul pemain utama dalam Liga Perdana Inggeris selama lebih lapan tahun, bermain 67 perlawanan buat England, termasuk pada dua pusingan akhir Piala Dunia, namun Ferguson masih merujuknya sebagai "seorang budak" kelmarin.

Pengurus United itu berkata selepas mendengar berita pemain yang dibeli dengan harga STG25 juta itu tidak mahu kekal, beliau memberitahunya: "Kami tidak mahu sesuatu yang tidak masuk akal daripada anda. Jangan tidak menghormati kelab," - sesuatu yang tidak setaraf dengan percakapan seorang profesional.

Mungkin tiba masanya pengendali berbangsa Scotland itu memutuskan sama ada beliau pun sudah cukup sampai masanya untuk berundur. Bukan mudah buatnya untuk membina semula pasukan yang boleh disegani di England dan Eropah.

Isnin, 18 Oktober 2010

Syiling kahwin William, Kate

CONTOH...gambaran artis mengenai bentuk syiling khas itu


Agensi yang bertanggungjawab menghasilkan syiling Britain, The Royal Mint, kini dilaporkan bersedia menghasilkan wang kenang-kenangan bagi meraikan perkahwinan pewaris takhta negara itu, Putera William dengan kekasihnya, Kate Middleton.

Pendedahan itu sekali gus menguatkan spekulasi bahawa pasangan itu akan mengumumkan pertunangan mereka tidak lama lagi.

Menurut sumber, acuan syiling berkenaan - langkah pertama bagi menghasilkan wang kenang-kenangan itu - sudah disiapkan.

Disebabkan proses itu dibuat secara rahsia, semua kakitangan The Royal Mint yang terletak di Llantrisant diharamkan bercakap mengenainya.

Di sebalik larangan itu, ada sumber mengesahkan reka bentuk awal syiling berkenaan kini siap untuk diproses.

“Saya nampak sendiri contoh acuan itu yang akan digunakan pada bila-bila masa.

“The Royal Mint hanya menunggu arahan untuk memulakan proses menghasilkan syiling itu,” katanya.

Sementara itu, cubaan media bertanya kepada pegawai The Royal Mint tidak mendapat sebarang pengesahan.

Sebaliknya, mereka hanya berkata, seperti bisnes lain, mereka sentiasa merancang pengeluaran masa depan ‘sesuai dengan potensi komersial’.

Sumber istana pula mendakwa, mereka tidak tahu-menahu mengenai rancangan The Royal Mint.

Jika William memang akan melamar Kate, dia perlu mendapatkan kebenaran Ratu Elizabeth terlebih dulu dan persetujuan itu akan dimaklumkan kepada kerajaan untuk pengumuman rasmi.

Walaupun pejabat media istana enggan membuat sebarang spekulasi mengenai pertunangan itu, seorang pegawai kanannya seolah-olah memberi pengesahan.

Katanya, tiada siapa tahu mengenai tarikh pertunangan itu kecuali William dan Kate sendiri.

“Kami tidak menjangkakan ia dimaklumkan sehinggalah pada saat akhir.

“William memang suka berahsia,” katanya. - Agensi

Selasa, 5 Oktober 2010

Sukan Komanwel 2010

Sukan Komanwel 2010 adalah Sukan Komanwel kesembilan belas, dan kesembilan yang dianjurkan di bawah nama tersebut. Temasya ini berlangsung di New Delhi, India antara 3 Oktober hingga 14 Oktober 2010, acara pelbagai sukan yang terbesar di Delhi dan khususnya India, yang sebelum ini pernah menganjurkan Sukan Asia pada 1951 dan 1982. Upacara pembukaan diadakan di Stadium Jawaharlal Nehru di Delhi. Ia adalah kali pertama Sukan Komanwel akan diadakan di India dan kali kedua acara diadakan di Asia (selepas 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia).

Dua pembida utama untuk Sukan Komanwel 2010 datang dari Delhi, India dan Hamilton, Ontario, Kanada. Undian ahli diadakan di Perhimpunan Am Persekutuan Sukan Komanwel di Montego Bay, Jamaica pada November 2003. Delhi menang 46 undian berbanding 22 untuk mengesahkan kejayaan pertama India mendapat hak penganjuran Sukan Komanwel. Ini juga percubaan Kanada untuk menganjurkan temasya ini buat kali kelima.Cogan kata bidaan India ketika itu adalah New Frontiers and Friendships (Sempadan dan Persahabatan Baru).

India mendapat kelebihan di pusingan kedua proses mengundi dengan janji bahawa AS$100,000 akan dihulurkan kepada setiap negara peserta, di samping tiket dan khidmat penerbangan, penginapan dan pengangkutan. Kejayaan Sukan Afro-Asia 2003 di Hyderabad juga menunjukkan bahawa India mempunyai sumber, prasarana dan pengetahuan teknikal untuk menganjurkan temasya sukan besar-besaran. India juga memberi penghargaan kepada Latif Butt, bekas naib presiden Majlis Olimpik Asia, atas sokongan yang diberikannya dalam kejayaan merangkul hak penganjuran Sukan Komanwel, dengan berucap, "Kamu telah memainkan peranan penting dalam peruntukan Sukan Komanwel 2010 kepada India. Usaha sebegini wajar dicontohi oleh semua yang berkenaan di Pakistan dan India. Tidak dinafikan bahawa jika kedua-dua pihak terus berpandukan impian sedemikian, suatu hari nanti generasi akan datang akan beroleh hasilnya dan bersyukur atas sesiapa yang melakukan sumbangan ini, iaitu semestinya kamu."Kerajaan India menyatakan bahawa pihaknya akan menaja jamin perbelanjaan keseluruhan temasya.


"Shera" Maskot rasmi Sukan Komanwel 2010


Maskot rasmi Sukan Komanwel 2010 ialah Shera, seekor harimau bersifat manusia. Namanya berasal dari "Sher", yang bermaksud harimau atau singa dalam bahasa Hindi basahan.

Lagu rasmi Sukan Komanwel 2010 Jiyo Utho Bado Jeeto digubah dan dipersembahkan oleh pemuzik India, A. R. Rahman. Judulnya berasaskan slogan temasya, iaitu "Come out and play". Seni katanya ditulis oleh Mehboob dalam bahasa Hindi dengan sedikit kata-kata Inggeris. Lagu ini keluar pada 28 Ogos 2010. Video muziknya diarah oleh Bharath Bala, keluar pada 23 September dengan versi lagu yang lebih pendek.

Enam sebab kenapa perlu abdikan diri kepada Allah

KETIKA Rasulullah mengembala kambing, tidak jauh daripadanya ada sekumpulan remaja sedang melepak, berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah: "Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?" Rasulullah dengan tegas menjawab: "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan sehingga melalaikan itu merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadah kepada Allah. Kadang kala ada orang melepak sehingga lupa menunaikan solat.

Mereka bermain bola di waktu petang tanpa perasaan malu ketika azan berkumandang. Sudahlah begitu, padang bola pula sebelah masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita kadangkala asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu kerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual.

Kadang kala ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadah? Sibuk. Kalau sempat buatlah, jika tidak sempat qada saja.

Justeru, remaja perlu memahami mengapa dan alasan mengapa kita beribadah. Di sana ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah.

Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau sesibuk mana sekalipun kita.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah adalah untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah dalam Surah Az-Zariyaat ayat 56 yang bermaksud: "Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadah kepadaku."

Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadah lebih utama lagi.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.

Pada hujung bulan bil elektrik, bil telefon perlu dibayar, jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan jika kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat, matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah mengingatkan kita di dalam Surah al-A'raaf ayat 72 yang bermaksud: "... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul."

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul adalah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat apa lagi kita.

Firman Allah yang bermaksud: "...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah taghut." (Surah an-Nahl ayat 36).

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka kepada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah sesungguhnya aku amat takut, jika aku menderhakai Tuhanku akan azab hari kiamat." (Surah al-Anaam ayat 15).

Jumaat, 17 September 2010

Amalan mulia di hari raya


SELEPAS sebulan menunaikan ibadah puasa, umat Islam kini sedang menyambut kemenangan dengan kehadiran Syawal.

Ramadan menjanjikan keampunan Allah kepada hamba-Nya yang bertaubat serta bersungguh-sungguh mengharapkan keredaan-Nya.

Justeru itu, malang sekali bagi hamba-Nya yang masih dibelenggu dosa atas kesalahan mereka lakukan sedangkan Ramadan sudah melabuhkan tirainya. Hanya hamba Allah yang beriman dengan teguh kepada-Nya akan berjaya melaksanakan tuntutan Ramadan serta merebut ganjaran yang terbentang luas. Maka beruntunglah bagi mereka yang diampuni Allah segala dosanya yang lalu pada bulan Ramadan lalu. Apabila giliran Syawal tiba peluang harus dimanfaatkan untuk memohon kemaafan sesama insan. Manusia biasa sememangnya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Jadi tuntutan meminta maaf sesama manusia menjadikan hubungan mereka terus bertaut selamanya. Menjadi kesalahan bagi seorang Muslim yang menjadikan Syawal sebagai satu-satunya masa dan peluang untuk meminta dan memberi kemaafan.

Peluang keemasan itu perlu dijadikan titik permulaan agar setiap individu Muslim tidak berasa janggal untuk meminta dan memberi kemaafan, lantaran semuanya melakukan amalan yang sama.

Sifat pemaaf bukan sahaja menonjolkan peribadi Muslim yang berbudi pekerti mulia, malah ia mencermin­kan keindahan Islam sebagai agama yang benar dan tinggi.

Allah menjelaskan bahawa amalan meminta dan memberi maaf adalah antara amalan murni seterusnya melayakkan seorang Muslim mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Terimalah kemaafan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang-orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199).

Sebenarnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf juga mempunyai kaitan dengan sifat sabar. Dengan bersabar, ego dapat ditundukkan, maka lahirlah perasaan mudah untuk meminta maaf dan juga memberi kemaafan kepada pihak lain. Allah memberi peringatan betapa pentingnya sifat sabar dalam diri setiap Muslim. Firman Allah yang bermaksud: “Maka bersabarlah, dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 5). Allah juga berfirman yang bermaksud: “Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46).

Amalan meminta maaf dan sifat pemaaf seharusnya menjadi budaya dalam kehidupan seharian bagi mereka yang bergelar Muslim sejati. Hakikatnya amalan meminta maaf dan sifat pemaaf tidak tertumpu kepada golongan tertentu saja. Amalan meminta maaf bukan hanya amalan hamba terhadap tuannya, pekerja terhadap majikannya, murid kepada gurunya, golongan muda kepada golongan tua, bahkan ia amalan yang dituntut kepada sesiapa saja yang melakukan kesilapan, tidak mengira darjat dan pangkat. Malah jika ibu bapa ada melakukan kesilapan kepada anak mereka, maka amat wajar bagi ibu bapa untuk meminta maaf kepada anak, apatah lagi jika sebaliknya.

Selain itu, satu lagi amalan yang harus dikekal dan diamalkan pada hari raya ialah amalan memberi ucapan selamat kepada sesama Muslim.

Budaya yang memang menjadi amalan umat Islam di negara ini semasa hari raya perlu terus disemarakkan kerana ia selari dengan tuntutan Islam.

Jika dilihat senario semasa, budaya menghantar kad ucapan hari raya adalah satu amalan yang baik, hampir pupus disebabkan faktor sekeliling. Namun dengan kemajuan dunia teknologi masa kini seperti sistem pesanan ringkas, e-mel, laman sosial peribadi seperti friendster dan facebook harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menghidupkan budaya memberi ucapan selamat kepada saudara Islam pada musim perayaan.

Inilah antara amalan salaf al-salih seperti golongan sahabat Rasulullah pada hari raya. Daripada Jubair bin Nafir, beliau berkata: “Sahabat Rasulullah apabila bertemu pada hari raya, mereka mengucapkan antara satu dengan yang lain: ‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’”.

Isnin, 6 September 2010

Ramadan berkat, hubungan erat

TIBA sudah Ramadan, bulan keberkahan, pengampunan dan kemenangan. Ramadan juga bulan yang penuh dengan peluang-peluang bagi Muslim untuk melakukan begitu banyak sekali amal ibadah dan kebajikan. Ramadan juga bulan yang mempamerkan satu ciri Islam yang begitu menonjol sekali, iaitu sifat kasih sayang umatnya.

Dan di manakah tempat yang paling sesuai sekali untuk memperkatakan isu kasih sayang ini kalau tidak dalam kontek sebuah perkahwinan atau rumah tangga.

Sempena Ramadan Al-Mubarak ini, amat sesuai sekali untuk setiap pasangan suami-isteri merebut peluang bermuhasabah atau refleksi diri mengenai status kasih sayang di antara mereka, terutamanya berdasarkan konsep hablumminnas wa hablumminallah.

Memang tidak menghairankan dalam konteks hidup di Singapura ini sepasang suami-isteri begitu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing saban hari sepanjang tahun sehingga isu-isu kasih sayang di antara mereka dan juga dengan anak-anak tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

Tidak aneh apabila kasih sayang sesuatu perkahwinan itu terkorban dek kesibukan setiap pihak untuk memenuhi keperluan lain. Tidak mudah untuk mengimbangi setiap keperluan hidup dengan seadilnya.

Perut juga begitu sibuk memproses makanan saban hari sepanjang tahun. Kehadiran Ramadan memberi kerehatan yang amat menyihatkan dan menyegarkan kepada perut dan juga keseluruhan tubuh badan.

Dan sepertimana perut, Ramadan memberi peluang kepada pasangan suami-isteri yang sibuk sepanjang tahun untuk mendapatkan sedikit kerehatan demi memperbaharui, menyegarkan dan menyuburkan lagi kasih sayang di antara mereka, dan juga dengan Allah swt.

Keperluan untuk memperbaharui keadaan juga dipamerkan dengan jelas oleh Rasulullah saw apabila baginda sendiri menyemak bacaan al-Qurannya dengan Malaikat Jibrail pada setiap Ramadan. Apatah lagi hubungan suami-isteri yang telah melalui ranjau sepanjang jalan, tentu sekali perlu mendapatkan suntikan keberkahan di bulan Ramadan.

Bagaimanakah dapat suami-isteri mendapatkan kerehatan demi menyegarkan hubungan di antara mereka?

Syahdu dan Tenang Menyambut

Kedatangan Ramadan Bersama

Bergemanya azan, bersedialah juga suami untuk mengimami solat berjemaah bersama isteri dan juga anak-anak diikuti pula dengan membaca al-Quran sebanyak mana yang termampu oleh setiap anggota keluarga, walau dengan sepotong ayat sekalipun oleh setiap seorang. Sekeluarga mendirikan solat isyak berjemaah dan diikuti dengan solat sunnat Tarawih.

Inilah di antara contoh bagaimana setiap pasangan boleh menyambut kedatangan Ramadan dalam suasana syahdu, samada di rumah atau di masjid. Namun, ini hanya dapat dilakukan apabila kedua-dua suami-isteri berniat dan membuat persiapan untuk meluangkan masa untuk melaksanakannya bersama.

Kesyahduan suasana dan ketenangan perasaan yang dialami pasangan suami-isteri ketika menyambut kedatangan Ramadan seperti ini mampu menyelinap ke dalam jiwa lalu membuka minda dan melembutkan hati masing-masing pihak untuk lebih saling menyayangi dan mendoakan.

Menyentuh Jiwa dalam

Menyantuni Sahur Bersama

Sebenarnya, waktu bersahur juga merupakan peluang untuk mendapatkan kerehatan di antara suami-isteri dalam bulan Ramadhan. Apabila ia dirancang dengan sempurna, waktu bersahur boleh menjadi pengalaman yang menyentuh dan mengusik jiwa, dan bukannya sesuatu yang membingitkan kepala.

Sahur yang afdhal adalah di waktu akhir-akhir malam. Dan di situ jugalah waktu yang mujarab untuk bermunajat kepada Allah swt. Apabila persiapan sahur telah dilakukan terlebih awal, suami dan isteri mempunyai luangan masa lebih untuk mendirikan solat malam seperti tahajjud, tasbih dan hajat sebelum bersahur.

Bersyukur Berbuka Bersama

Peluang kerehatan selanjutnya terdapat sewaktu berbuka bersama. Sama ada di masjid atau di rumah, berbuka bersama suami dan isteri beserta anak-anak mewujudkan suasana kesyukuran yang mengesankan jiwa dengan iringan zikir dan doa bersama, dihiasi sedekah berbentuk senyuman oleh semua untuk semua.

Inilah keberkahan berbuka bersama apabila suami dan isteri memanjatkan kesyukuran terhadap Allah swt secara terbuka kerana telah memberi keizinan untuk mereka dan anak-anak menyempurnakan ibadah puasa pada hari itu. Komunikasi terbuka seperti ini bukan sahaja akan menanam nilai-nilai positif sepanjang hayat dalam diri anak-anak, bahkan ia juga bakal manambahkan lagi ni'mat berumahtangga keseluruhannya.

Iltizam Suami-Isteri

Beginilah peluang-peluang keemasan dalam Ramadan yang seharusnya direbut pasangan suami-isteri untuk recharge bateri bukan sahaja dalam perhubungan mereka dengan Allah swt, bahkan juga di kalangan anggota keluarga mereka, terutama di antara mereka sendiri sebagai suami-isteri.

Dan kerehatan di sini bukanlah bermaksud relax sebagaimana lazimnya. Yang dimaksudkan adalah memberi ruang yang lebih untuk minda, hati dan sanubari menumpukan perhatian kepada usaha-usaha memperkukuhkan lagi ikatan kasih sayang di antara suami-isteri sempena suasana ibadah bulan Ramadan.

Ertinya, rehatkan tumpuan kepada perkara-perkara lain yang biasa ditangani dalam 11 bulan yang lalu dan tambahkan usaha-usaha untuk meningkatkan lagi mutu perhubungan suami-isteri sesama sendiri dan juga dengan Allah swt secara intensif dalam sebulan.

Apabila usaha-usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan sepanjang Ramadan oleh kedua-dua suami dan isteri, kemenangan yang disambut di pagi Syawal akan membawa pengertian cinta, kasih dan sayang. - Bharian Singapura

Isnin, 30 Ogos 2010

Apa beza darah manusia dengan darah serangga?

DARAH merupakan komponen penting dalam organisma hidup untuk melengkapkan fungsi sistem badan. Darah dalam badan manusia secara asasnya berfungsi untuk mengangkut oksigen, zat dan bahan kumuh ke seluruh tubuh.

Warna merah pada pula melambangkan kandungan bahan-bahan seperti hemoglobin, protein, albumin dan bahan pembekuan darah.

Selain itu, terdapat juga sel darah putih yang bertindak sebagai sistem imunisasi untuk memusnahkan agen jangkitan.

Peredaran lengkap sistem darah manusia akan melibatkan anggota tubuh seperti jantung, paru-paru dan salur darah. Berbeza dengan darah pada serangga, ia tidak terlibat secara langsung dalam operasi pengedaran oksigen kerana gas tersebut akan meresap ke dalam sistem badan melalui itu.

Ia hanya berfungsi untuk mengangkut zat-zat dan menyingkirkan bahan kumuh.

Selasa, 24 Ogos 2010

Two moons on 27th August 2010


27th Aug the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

The next time Mars may come this close is in 2287.

Ahad, 22 Ogos 2010

The smart answers

A beautiful lady teacher was having trouble with one of her students in 1st
Grade. Teacher asks the Boy. What is your problem?'

Boy answered, 'I'm too smart for the first-grade. My sister is in the
third-grade and I'm smarter than she is! I think I should be in the 4th Grade!'

The Teacher has had enough. She takes the Boy to the principal's office. While the boy waited in the outer office, the teacher explained to the principal what the
situation was. The principal told the lady that he would give the boy a test and if he failed to answer any of his questions he was to go back to the first-grade and behave.She agreed.

The Boy was brought in and the conditions were explained to him and he agrees to take the test.

Principal: 'What is 3 x 3?' Boy.: '9'.

Principal: 'What is 6 x 6?' Boy.: '36'.

And so it went with every question the principal thought a 4th grader should know. The principal looks at the teacher and tells her, 'I think Boy can go to the 4th grade.'

The teacher then says to the principal, 'I have some of my own questions.Can I ask him ?' The principal and Boy both agreed.
Madam asks, 'What does a cow have four of that I have only two of'? After a moment the boy answers 'Legs.'

Madam: 'What is in your pants that you have but I do not have?' Boy.: 'Pockets.'

Madam: What starts with a C and ends with a T, is hairy, oval, delicious and contains thin whitish liquid?
Boy.: Coconut

Madam: What goes in hard and pink then comes out soft And sticky?
The principal's eyes open really wide and before he could stop the answer, they Boy was taking charge.
Boy..: Bubblegum

Madam: What does a man do standing up, a woman does sitting down and a dog does on three legs?
The principal's eyes open really wide and before he could stop the answer...
Boy.: Shake hands

Madam: You stick your poles inside me. You tie me down to get me up. I get wet before you do.
Boy.: Tent

Madam: A finger goes in me. You fiddle with me when you're bored. The best-man always has me first.
The Principal was looking restless, a bit tense and took one large drink of Brandy
Boy.: Wedding Ring

Madam: I come in many sizes. When I'm not well, I drip. When you blow me, you feel good.
Boy.: Nose

Madam: I have a stiff shaft. My tip penetrates. I come with a quiver.
Boy.: Arrow

Madam: What word starts with a 'F' and ends in 'K' that means lot of
heat and excitement?
Boy.: Fire truck

Madam: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if u don't get it, u have to use ur hand.
Boy.: Fork

Madam: What is it that all men have one of it's longer on some men than on others, the pope doesn't use his and a man gives it to his wife after they're married?
Boy.: SURNAME.

Madam: What part of the man has no bone but has muscles, has lots of veins, like pumping, & is responsible for making love ? Boy.: HEART.

The principal breathed a sigh of relief and said to the teacher,
'Make this boy the PRINCIPAL, I got the last ten questions wrong myself!'.

Body Shop Customers Join Hands To Protect Children


Gadong, 6 August 2010 - The Body Shop is taking a stand to protect children and young people from being sexually exploited.

In Brunei, the noble campaign was launched by Basir bin Haji Mohammad Deli, an enforcement officer from the Welfare Home Complex, at The Body Shop's branch at The Mall in Gadong yesterday.


Through the "Stop Sex Trafficking of Children and Young People" campaign, customers can take a stand by helping to raise funds and learning more about what they can do to prevent the vulnerable from being exploited.


By purchasing the "Soft Hands Kind Heart Hand Cream" from The Body Shop, 100 per cent of the proceeds will be donated to Welfare Home Complex under the Community Development Department.

According to Ms Zaslin, the Country Manager of The Body Shop Brunei, customers in Brunei are encouraged to sign the "Stop Sex Trafficking" petition forms at any of The Body Shop's outlets in the Sultanate. The petitions will be presented to the UN in 2011 to call for "stronger legislation for children protection against trafficking", she said.

Isnin, 26 Julai 2010

Pemuzik berpendapatan paling tinggi

APA yang membolehkan mereka tersenarai sebagai pemuzik berpendapatan paling tinggi tahun ini?

Menurut Forbes, kebanyakan artis yang berada dalam senarai itu ialah pemuzik yang karier masing-masing memuncak pada 1980-an.

Hampir separuh daripada artis yang termasuk dalam senarai Forbes itu sudah berada dalam industri itu cukup lama dan mereka muncul semula dengan membaharui semula muzik masing-masing.


U2 AS$130 juta
Kumpulan rock paling kaya di dunia, U2 berjaya mengaut keuntungan kasar AS$311 juta dalam konsert jelajah dunia mereka pada 2009. Konsert di setiap negara memberi pulangan AS$10 juta hasil daripada jualan tiket, barangan cenderahati dan poster. U2muncul sebagai kumpulan muzik rock yang meraih pendapatan paling tinggi di dunia tahun ini .

AC/DC - AS$114 juta
Kumpulan muzik heavy metal dari Australia ini berjaya menambat hati peminat sejak 1973 dan masih aktif menyanyi hingga kini. Menduduki tempat kedua di belakang U2, kumpulan AC/DC meraih pendapatan kasar AS$226 juta dalam konsert jelajah dunia mereka di 99 lokasi. Keuntungan dicatat dalam setiap konsert dianggarkan bernilai AS$2 juta.

Beyonce Knowles - AS$87 juta
Beyonce mengembangkan empayar kekayaan melalui muzik. Dia mengaut keuntungan jutaan dolar setiap tahun hasil perjanjian dengan syarikat Nintendo, L'Oreal dan House of Dereon, syarikat fesyen miliknya. Selain itu, konsert jelajah dunianya di 93 lokasi memberi pulangan AS$86 juta.

Bruce Springsteen - AS$70 juta
Penyajak dari New Jersey ini mempunyai peminat dari seluruh dunia. Konsert Springsteen meraih kutipan tiket berjumlah AS$167 juta secara kasar dengan menduduki tempat ketiga di dunia selepas U2 dan AC/DC.


Britney Spears

Britney Spears - AS$64 juta
Suatu waktu dulu, pengkritik industri hiburan mengatakan populariti Britney Spears tidak akan berkekalan. Bagaimanapun, tahun lalu Britney mencatatkan jumlah jualan tiket kelima tertinggi dalam konsert jelajah dunianya di 98 lokasi dengan jualan kasar AS$130 juta. Duta bagi produk kosmetik Elizabeth Arden dan jenama Candies' ini membuktikan dia mampu bertahan lama dalam industri hiburan di Hollywood.

Jay-Z - AS$63 juta
Jay-Z tidak suka bermegah sebagai seorang ahli perniagaan berjaya. Pemuzik rap ini bertukar menjadi jutawan hasil daripada penjualan album, pelaburan dalam kelab malam 40/40, persembahan Broadway Fela dan pembelian saham pasukan bola keranjang New Jersey Nets. Pendapatan Jay-Z melambung apabila konsert Blueprint 3 memberi pulangan AS$1 juta tahun ini. Bagaimanapun, pendapatannya masih rendah daripada isterinya, Beyonce.

Lady Gaga - AS$62 juta
Pendatang baru dalam senarai 100 Selebriti ialah Lady Gaga. Dia mula terkenal dengan cara berpakaian yang aneh dan rakaman klip video yang menakutkan. Lady Gaga banyak menjana pendapatan melalui perjanjian dengan syarikat seperti Polaroid, Virgin Mobile, Monster Cable dan Viva Glam. Konsert jelajah dunia Lady Gaga di 106 lokasi memberi pulangan kasar AS$95 juta.

Madonna - AS$58 juta
‘Wanita material’ ini belum bersedia menyerahkan popularitinya kepada Lady Gaga ataupun Britney Spears. Penyanyi berusia 52 tahun ini menduduki tempat keempat dalam kutipan tiket tertinggi menerusi konsert jelajah dunia tahun lalu. Madonna meraih pendapatan kasar AS$138 juta dengan setiap konsert mencatat AS$6 juta. Bayaran royalti lagu-lagunya masih diperoleh khususnya melalui siri sitkom Glee terbitan Fox apabila pelakon siri itu menyanyikan beberapa lagunya dalam sitkom berkenaan.

Kenny Chesney - AS$50 juta
Chesney mengekalkan kedudukannya sebagai penghibur dengan mengatasi pemuzik irama country yang lain. Konsert jelajah dunia Chesney pada 2009 memberi pulangan kasar AS$71 juta dengan jumlah purata AS$1.6 juta setiap malam iaitu dua kali ganda mengatasi pesaing rapatnya Keith Urban. Penganjur utama seperti Corona dan MasterCard turut menjana pendapatannya.

Black Eyed Peas (Tie) - AS$48 juta
Sejak menceburi dunia hiburan, nama Black Eyed Peas (Tie), sering kedengaran di mana-mana daripada perlawanan Super Bowl hinggalah kepada perbincangan politik di CNN. Jualan tiket konsert jelajah dunia mereka dianggarkan bernilai AS$800,000 setiap malam sementara perjanjian dengan syarikat seperti Target, Honda, Bacardi dan Apple menghasilkan keuntungan.

Coldplay (Tie) - AS$48 juta
Konsert bagi mempromosi jualan album Viva la Vida di 77 lokasi memberi pulangan kasar AS$105 juta kepada kumpulan rock alternatif Coldplay. Selain itu, jualan barang cenderahati turut mencatat angka jutaan dolar.

Toby Keith - AS$48 juta
Pendapatan Keith bukan saja menerusi jualan tiket konsert yang mencatatkan angka sebanyak AS$30 juta tetapi juga melalui rangkaian restoran dimilikinya selain royalti penerbitan yang diperoleh setiap tahun.

Jumaat, 23 Julai 2010

Kereta ‘terbang’ hempap rumah

ROME: Kecuaian menarik brek tangan kereta menyebabkan seorang pemandu terbabas dan terjatuh ke atas bumbung rumah sejurus selepas dia berhenti menikmati panorama dari atas gunung.

NASIB BAIK... keadaan kereta Maria yang menimpa bilik mandi kosong sebuah rumah di Alassio, Itali.

Dalam kejadian itu, Maria Rizzo, 34, dikatakan mengantuk dan berhenti seketika di jalan pinggir gunung di Alassio, utara Itali.

Ketika keluar berehat dan cuba melelapkan mata, Maria tidak sedar kereta Fiat Panda miliknya menggelungsur.

Selepas merempuh besi penghadang, kereta itu terjatuh dan menghempap sebuah rumah tidak jauh dari situ.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan apabila kediaman berkenaan kosong ketika kereta Maria terjatuh ke atas bilik mandi rumah itu. - Agensi

Azrinaz masih tinggal di istana Brunei


KUALA LUMPUR 23 Julai – Bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar masih berada di salah sebuah istana di Brunei dan tidak dibenar meninggalkan negara itu sehingga tamat tempoh idah.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, selepas idah, Azrinaz berkemungkinan menetap di London atau Australia dan mungkin juga kembali ke tanah air.

‘‘Itu semua bergantung kepada kehendak beliau sendiri.

‘‘Di tanah air, keluarga Azrinaz kini menetap di Shah Alam dan bukannya di Bukit Antarabangsa, Ampang seperti dilaporkan,’’ katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini, menyiarkan artikel tentang spekulasi di mana Azrinaz berada sejak diceraikan Sultan Brunei, bulan lepas.

Ada yang menyatakan beliau kini menetap di istana hinggap Sultan Brunei di London dan tidak kurang desas-desus bahawa bekas personaliti TV3 itu sudah kembali ke tanah air dan menetap bersama keluarganya.

Menyentuh soal penjagaan anak, sumber itu memberitahu kedua-dua cahayamata pasangan itu akan dijaga sepenuhnya oleh pihak istana.

Sumber itu turut menafikan laporan sebelum ini yang menyatakan Azrinaz diberi pilihan untuk menjaga salah seorang daripada dua anaknya itu.

Tegas beliau, laporan yang menyatakan Azrinaz memilih untuk menjaga anak keduanya iaitu Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2, adalah tidak benar sama sekali.

‘‘Sekiranya selepas tempoh idah iaitu sekitar September ini, Sultan Brunei tidak rujuk, Azrinaz bukan sahaja terpaksa meninggalkan istana malah tidak akan dapat hak penjagaan kedua-dua anaknya kerana mereka adalah waris Sultan Brunei,’’ katanya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak lain seakan-akan ‘mengunci mulut’ daripada membicarakan mengenai bekas isteri kedua Sultan Brunei itu.

Cubaan Utusan Malaysia mendapatkan maklumat tentang di mana Azrinaz daripada Istana Nurul Iman dan Kedutaan Malaysia di Brunei tidak berjaya selepas kedua-duanya enggan memberikan sebarang respons.

‘‘Maaf, kami tidak tahu di mana beliau (Azrinaz) berada. Kami tidak dapat memberikan penjelasan lanjut kerana ini melibatkan tampuk pemerintahan,’’ kata salah seorang pegawai Istana Nurul Iman hari ini.

Sementara itu, pegawai Kedutaan Malaysia di negara tersebut juga memberikan alasan sama dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Malah beberapa rakan karib Azrinaz juga enggan mengulas ke mana bekas rakan sekerja mereka itu menghilang.

“Tiada komen,” itu jawapan ringkas rata-rata mereka apabila ditanya berkenaan Azrinaz atau panggilan mesranya Naz.

Masing-masing mengakui kali terakhir mereka berhubungan adalah ketika wanita itu diceraikan sekitar bulan lalu.

Malah, ada yang memberitahu perkhidmatan telefon bimbitnya telah ditamatkan sejurus berita mengenai perceraian tersebut tersebar.

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.

Pasangan itu bercerai talak satu pada bulan lepas.- Utusan Malaysia

Ke mana Azrinaz menghilang?

KUALA LUMPUR 22 Julai - Ada sumber mengatakan beliau kini menginap di istana hinggap Sultan Brunei di London.

Ada juga desas-desus bertiup yang bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah itu sudah kembali ke tanah air dan menetap di kediaman keluarganya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Namun sehingga kini, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar terus menyepi dan belum ada kepastian di mana beliau berada.

Usaha menjejaki beliau termasuk menerusi rakan-rakan Facebooknya juga tidak berjaya apabila Azrinaz yang mesra dipanggil Naz sudah menutup akaun laman sosialnya itu yang cukup aktif sebelum ini.

Walaupun sudah sebulan perceraian bekas personaliti TV3 itu berlalu, beberapa blog termasuk dari Brunei masih membicarakan tentangnya.

Bagaimanapun tidak ada satupun maklumat yang menyatakan di mana Azrinaz berada.

Ramai yang terus meneka-neka ke mana beliau menghilang dan tidak kurang yang mengandaikan Azrinaz sebenarnya masih di Brunei.

Mungkin ada kebenarannya kerana putera beliau, Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, 4, dan puterinya, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2, difahamkan masih tinggal di istana Brunei .

Sejak diceraikan dengan talak satu oleh Sultan Brunei bulan lalu, kelibat Azrinaz langsung tidak kelihatan.

Menurut rakan baiknya yang pernah bertugas bersama di TV3 satu ketika dahulu, Azrinaz masih menetap di Brunei.

Dia yang enggan namanya didedahkan memberitahu Azrinaz tidak mahu meninggalkan Brunei kerana mahu terus bersama dengan dua anaknya.

''Pihak istana memberi pilihan untuk menjaga salah seorang daripada dua anaknya dan Naz memilih anak keduanya iaitu Ameerah kerana anak sulung adalah waris Sultan Brunei,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya tentang Facebook, katanya, Azrinaz telah tidak mengaktifkan akaun dalam laman sosial itu sebaik sahaja diceraikan.

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.

Pasangan itu bercerai talak satu pada bulan lepas.- Utusan Malaysia.

Rabu, 21 Julai 2010

The World's Biggest Palace In Brunei Darussalam

This is the home of Sultan of Brunei's Istana Nurul Iman.

It contains 1,788 rooms, 257 bathrooms, and a floor area of 2,152,782 square feet (200,000 m²). Amenities include 5 swimming pools, and an air conditioned stable for the Sultan's 200 polo ponies, a 110-car garage, a banquet hall that can be expanded to accommodate up to 4,000 guests, and a mosque accommodating 1,500 people.

The palace was built in 1984 at a cost of around $1.4 billion USD and has 564 chandeliers, 51,000 light bulbs, 44 stairwells, and 18 elevators. It is also a home to a car collection that includes custom-made Ferraris and Bentleys as well as 165 Rolls-Royces.

It was designed by the National Artist of the Philippines for Architecture, Leandro V. Locsin and built by the Filipino firm, Ayala International.

The Sultan's palace is only open three days a year for the Islamic festival of Hari Raya Aidilfitri, marking the end of Ramadan.



Armani Hotel Dubai


Giogio Armani pereka fesyen terkemuka membuka hotelnya yang pertama di Dubai baru baru ini.

Hotel pertama Armani itu terletak di dalam bangunan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia. Bangunan mempunyai 160 tingkat dan berdiri setinggi 828 meter. Selain kemudahan hotel bangunan ia juga menawarkan ruang pejabat, kediaman dan dek wisata At The Top.

Tiket yang ditempah dahulu untuk memasuki At The Top berharga AED 100 ($37.34) untuk orang dewasa dan AED 75 untuk kanak-kanak.

Dek wisata terletak di tingkat 124 Burj Khalifa. Ia adalah dek pengamatan yang tertinggi di dunia. Di situ, bukan sahaja para pengunjung dapat melihat pemandangan yang Dubai yang megah, tetapi juga menyediakan pengunjung pengalaman yang interaktif untuk memahami sejarah dan evolusi Dubai dan Burj Khalifa.

Hotel Armani Dubai menduduki ruang lobi ke tingkat 8 dan tingkat 38 dan 39. Ia menawarkan 160 bilik tamu dan suite kesemuanya menawarkan pemandangan Dubai yang luas.

Dari hotel itu para tamu boleh mengunjungi Dubai Mall dan Dubai Fountain dengan hanya berjalan kaki. Dubai Mall merupakan pusat membeli belah yang terbesar di dunia dan Dubai Fountain pula adalah air pancutan berirama terbesar di dunia.

Antara nota yang menakjubkan yang terdapat di Armani Hotel Dubai dan Burj Khalifa adalah:

ï‚· Bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter dan lebih 160 tingkat, melebihi Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter yang memegang rekod semenjak ia dibina pada tahun 2004

ï‚· Dek pengamatan luar yang tertinggi di dunia di tingkat 124

ï‚· Tangga bergerak yang tertinggi, mencapai 504 meter, lebih tinggi dari perkhidmatan lif Taipei 101 yang mencapai 448 meter dan satu setengah kali lebih tinggi dari lif Empire State Building di New York yang mendaki sehingga 381 meter.

ï‚· Kolam renang di tingkat 76 Burj Dubai adalah yang tertinggi dan berada 260 meter di atas bumi.



Skrin LCD menggunakan kristal cecair


IMPLEMENTASI teknologi skrin LCD hari ini telah dilaksanakan secara meluas dalam banyak produk elektronik seperti televisyen dan juga monitor komputer.

Namun, tahukah anda apakah mekanisme yang berlaku di sebalik teknologi tersebut sehingga mampu menghasilkan imej yang berkualiti dan menarik.

Sebenarnya, teknologi LCD ini dihasilkan daripada peranti panel nipis yang mengandungi hablur kristal cecair.

Apabila ia diletakkan di atas sumber cahaya, voltan atau tenaga elektrik yang dibekalkan pada molekul-molekul tersebut akan membenarkan cahaya mengalir bagi membentuk kecerahan imej berbeza.

Resolusi atau piksel sesebuah skrin LCD pula ditentukan oleh jarak bintik pada paparan di mana semakin kecil jaraknya, semakin jelas imejnya.

Daripada segi kecerahan, ia bergantung kepada teknologi sokongan warna dan amaun cahaya yang dipancarkan.

Nisbah kecerahan itu biasanya di hasilkan dalam beberapa format seperti 4:3, 16:9 dan 16:10 sementara saiznya diukur menerusi pepenjuru kawasan paparan yang aktif.

Ahad, 18 Julai 2010

Raja paling kaya

LIMA belas raja terkaya di dunia bergelut untuk mengekalkan harta mereka tahun ini.

Nilai harta mereka, jika dikumpulkan, merosot sembilan peratus berbanding tahun lalu dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dari Dubai mengalami kejatuhan paling teruk iaitu 60 peratus. Hanya Raja Arab Saudi dan Qatar menyaksikan jumlah harta mereka meningkat.

1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand Harta:
RM96 bilion
Umur: 82

RAJA di dunia paling lama bertakhta. Sejak kebelakangan ini Bhumibol berdepan masalah kesihatan dan krisis politik. Bhumibol yang disanjung dan dihormati rakyat dimasukkan ke hospital tahun lalu, dipercayai kerana jangkitan paru-paru.

Dalam pada itu krisis politik membabitkan pembangkang dan kerajaan bertambah ganas sebelum diakhiri dengan tindakan kerajaan menggunakan kekerasan Mei lalu.

Kekacauan itu termasuk pembakaran bangunan bursa saham di Bangkok yang sekali gus menjejaskan pasaran saham, menakutkan pelabur dan pelancong.

Bhumibol yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan mendapat pendidikan di Switzerland bagaimanapun tidak campur tangan dalam krisis itu.

Harta raja diletakkan di bawah pengawasan Biro Hartanah Istana dan kebanyakannya yang membabitkan pelaburan awam serta hartanah tidak terjejas akibat krisis itu. Bagaimanapun kekacauan, jika berterusan, mungkin mengancam kedudukannya.

2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei
Harta: RM64 bilion
Umur: 63

SULTAN Hassanal Bolkiah menceraikan isteri ketiganya bulan lalu, kekal dengan isteri pertama yang juga bonda kepada bakal pengganti sultan, Putera Al-Muhtadee Bilah Bolkiah.

Beliau dan kerajaannya menangani kemelesetan ekonomi dunia dengan dasar ekonomi konservatif dan mengikat nilai mata wang negara itu pada dolar Singapura. Bagaimanapun, pengeluaran minyak semakin perlahan dengan simpanannya dijangka hanya bertahan untuk 25 tahun lagi.

Dalam usaha mempelbagaikan ekonominya, sultan itu juga dilapor terus berbelanja mewah. Baru-baru ini beliau dilapor membeli 48 beg tangan dan 24 payung itik di kedai Lederer de Paris, New York.

Kes terhadap adiknya, Putera Jefri berhubung penyelewengan wang berjumlah RM51 bilion masih tertunda di mahkamah.

3. Raja Abdullah bin Abul Aziz, Arab Saudi
Harta: RM58 bilion
Umur: 86

BERJAYA memimpin Arab Saudi menangani kemelesetan ekonomi global menerusi perbelanjaan kerajaan dan peningkatan pengeluaran minyak. Ekonomi negara itu diunjur akan tumbuh empat peratus tahun ini. Hasilnya, harta raja juga meningkat.

Tahun ini Arab Saudi menjadi tuan rumah Persidangan Majlis Kerjasama Teluk ke-12 dan ia turut dihadiri raja dari Qatar, Kuwait dan Dubai. Terkenal kerana langkahnya mengendurkan undang-undang syariah yang tegas, Raja Abdullah baru-baru ini memecat seorang ulama kerana menyelar kewujudan sebuah universiti yang membenarkan pergaulan di antara lelaki dan wanita.

4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Harta: RM48 bilion
Umur: 62

DILANTIK semula selaku Presiden Emiriah Arab Bersatu untuk penggal lima tahun kedua pada November lalu oleh Majlis Tertinggi Persekutuan emiriah. Beliau yang juga mengetuai emiriah Abu Dhabi menyediakan pakej penyelamat berjumlah AS$10 bilion kepada Dubai, Disember lalu.

Bagaimanapun Sheikh Khalifa tidak dapat mengelak berdepan kemelesetan ekonomi dunia. Hartanya merosot RM9.6 bilion tahun lalu kesan penurunan pendapatan eksport minyak sebanyak 40 peratus. Keadaan bertambah buruk dengan kemelesetan dalam nilai hartanah dan pasaran saham.

Sheikh Khalifa bagaimanapun tetap meneruskan rancangannya untuk menjadikan Abu Dhabi pusat pelancongan dan kebudayaan menjelang 2030.

5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai
Harta: RM14 billion
Umur: 60

JUMLAH harta merosot berbanding tahun sebelum ini akibat hutang syarikat milik kerajaan berjumlah RM349 bilion. Hutang itu dijangka bertambah RM50 bilion lagi tahun ini.

Di samping itu, Dubai Holdings, syarikat milik persendirian Sheikh Mohammed berhutang RM38.4 bilion, sebahagian besarnya menerusi syarikat pelaburan Dubai Group dan Dubai International Capital yang memiliki saham dalam syarikat induk Sony dan Airbus.

Tahun lalu beliau menjual sahamnya dalam bank pelaburan Mesir, EFG Hermes pada harga diskaun sebanyak 60 peratus berbanding harga belian dua tahun lalu. Sheikh Mohammed baru-baru ini berkata, ekonomi UAE mencatatkan pencapaian memuaskan dan masalah ekonomi yang dihadapinya sudah berlalu.

Pemimpin Dubai ini terkenal kerana kemahirannya berkuda dan mempunyai aset ekuin bernilai tinggi.

6. Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein, Liechtenstein
Harta: RM11.2 bilion
Umur: 65

KETUA sebuah keluarga yang berusia hampir 900 tahun, Putera Hans-Adam II baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya ke-65 dengan mengadakan pameran seni di Muzium Liechtenstein, Vienna.

Sebanyak 140 hasil seni yang diperoleh sepanjang beliau bertakhta, termasuk hasil lukisan Rembrandt dan Rubens, dipamerkan. Beliau turut mempromosi buku barunya, ‘The State in the Third Millennium’.

Dalam pada itu Liechtenstein berusaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk menangani jurang belanjawan sebanyak 15 peratus. Keuntungan dalam bank miliknya, LGT, merosot 35 peratus tahun lalu.

7. Raja Mohammed IV, Maghribi
Harta: RM8 bilion
Umur: 46

MENAIKI takhta selepas kematian bapanya pada 1999. Memberi tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan rekod hak asasi kemanusiaan bapanya.

Aset keluarga diraja termasuk saham dalam kumpulan OCP, satu-satunya syarikat perlombongan fosfat negara itu di samping beberapa syarikat hartanah. Harga fosfat kian meningkat selepas merudum tahun lalu.

Cita-cita Raja Mohamed untuk menarik 10 juta pelancong setahun ke negara itu menjelang 2010 hampir tercapai dengan bantuan Hollywood.

Negara itu baru-baru ini menjadi lokasi penggambaran drama televisyen dan filem, termasuk ‘Sex and the City 2’ dan ‘Prince of Persia’.

8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar
Harta: RM8 bilion
Umur: 58

MENJADI pemerintah selepas menggulingkan bapanya dalam rampasan kuasa pada 1995. Mengetuai satu daripada negara yang mencatat pencapaian terbaik ekonomi di dunia.

Keluaran Negara Kasar meningkat 9.5 peratus tahun lalu dan dijangka mencatat pertumbuhan dua angka tahun ini. Qatar Holding membeli pusat beli-belah Harrods di London dengan harga RM6.4 bilion awal tahun ini.

Emir Qatar ini juga berusaha membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak 2022. Jika bidaan itu berjaya, inilah julung kalinya kejohanan itu berlangsung di Asia Barat.

Pada masa lapang, Sheikh Hamad menghabiskan masa di atas kapal layarnya sepanjang 133 meter, Al Mirqab, antara yang terbesar di dunia.

9. Putera Albert II, Monaco
Harta: RM3.2 bilion
Umur: 52

KETUA keluarga Grimaldi ini berusaha membesarkan wilayah Monaco yang lebih kecil dari Central Park, New York dengan menambak laut.

Beliau mempromosi filemnya, ‘Antarctica 2009: A Continent in a State of Alert’ yang berdasarkan penjelajahannya selama 17 hari di daerah baru itu. Jun lalu, Albert mengumumkan pertunangannya dengan bekas perenang Afrika Selatan, Charlene Wittstock.

Albert kini berdepan tindakan undang-undang oleh bekas kakitangannya, Robert Eringer, yang didakwa menjalankan perisikan untuk Monaco berhubung pembayaran gaji tertunggak.

Harta keluarganya termasuk hartanah, hasil seni, kereta antik, setem dan saham dalam kasino Monte Carlo.

10. Putera Karim Al Husseini, Aga Khan
Harta: RM2.6 bilion
Umur: 73

SATU-satunya pemimpin yang tidak mempunyai negara untuk diperintah ialah Aga Khan, ketua 17 juta penganut Ismaili yang bertaburan di seluruh dunia.

Putera Karim ialah imam masyarakat Ismail ke-49 selepas menggantikan datuknya, Sultan Mahomed Shah Aga Khan pada usia 20 tahun pada 11 Julai 1957.

Beliau mempengerusikan Rangkaian Pembangunan Aga Khan yang menggalakkan pelaburan di Asia dan Afrika.

Beliau yang meminati kuda mempunyai kira-kira 800 ladang ternak haiwan berkenaan di Ireland dan Perancis, memegang saham dalam Goff — syarikat lelong kuda terbesar di Britain dan Aqana — syarikat lelong kuda Perancis.

11. Sultan Qaboos bin Said, Oman
Harta: RM2.2 bilion
Umur: 69

MENAIKI takhta pada 1970 selepas menggulingkan bapanya dalam rampasan kuasa. Berjaya mengetuai Oman dalam usaha mempelbagaikan ekonomi dengan matlamat mengurangkan penggantungan pada sektor minyak, daripada 40 peratus sumbangan kepada Keluaran Negara Kasar kepada sembilan peratus saja menjelang 2020.

Sultan Qaboos juga meningkatkan industri gas dan pelancongan. Kerajaannya mempunyai saham dalam Wave, syarikat yang terbabit dalam pembangunan di kawasan pantai berhampiran ibu negara Oman, Muscat.

Meskipun menjadi peminat setia muzik klasik, Sultan Qaboos membiayai sendiri kerja membaik pulih masjid di seluruh negara itu. Beliau pernah berkhidmat dalam pasukan tentera Britain selepas menamatkan latihan di Akademi Tentera Sandhurst.

Bercerai tanpa anak, isu penggantinya kini semakin hangat dibincangkan oleh rakyat Oman.

12. Permaisuri Elizabeth II, UK
Harta: RM1.4 bilion
Umur: 84

MONARKI paling lama bertakhta dalam sejarah Britain. Meskipun menjadi permaisuri sejak berusia 25 tahun, Elizabeth belum menunjukkan tanda akan menyerahkan takhta itu kepada anaknya yang sekian lama menanti, Putera Charles.

Beliau adalah penjaga hartanah milik negara seperti Istana Buckingham, Permata Mahkota dan koleks seni diraja. Harta milik peribadinya termasuk hartanah di England dan Scotland, hasil seni halus, permata dan koleksi setem.

Cucunya, Putera William yang menduduki tangga kedua senarai pewaris takhta dijangka mengumumkan pertunangan dengan teman wanitanya, Kate Middleton, tidak lama lagi.

13. Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al Sabah, Kuwait
Harta: RM1.2 bilion
Umur: 81

SHEIKH Sabah tidak berkongsi kekayaan minyak negaranya seperti raja negara Teluk lain. Beliau sebaliknya menerima pendapatan tahunan.

Hartanya terjejas dengan kegawatan ekonomi yang melanda Kuwait. Negara yang bergantung dengan pendapatan hasil minyak ini tidak berusaha mempelbagaikan ekonomi. Pertelingkahan politik sejak tiga tahun lalu menyebabkan pembubaran Parlimen sebanyak tiga kali dan perletakan jawatan lima kerajaan.

Ia juga menjadi punca pelabur asing menarik diri dari negara itu.

14. Ratu Beatrix Wilhelmina Armgard, Belanda
Harta: RM640 juta
Umur: 72

PERMAISURI Beatrix menyambut ulang tahun ke-30 pemasyhurannya tahun ini. Ibunya, Permaisuri Juliana mengambil langkah turun takhta untuk membolehkan Beatrix menggantikannya pada 1980.

Sebagai ketua negara, permaisuri itu dilihat sebagai kuasa penyatu kerana tidak ada parti politik mencapai kemenangan mutlak dalam pilihan raya. Beliau melantik orang tengah untuk berunding dengan pelbagai parti bagi membentuk Kabinet. Peningkatan pendapatan eksport, pemulihan industi hartanah dan pasaran saham yang kembali kukuh membantu menstabilkan harta keluarga diraja.

Bagaimanapun, ketidaktentuan mengenai kerajaan baru dan langkah berjimat-cermat kerajaan pada masa depan untuk mengurangkan defisit bajet mungkin menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Antara hartanah dimiliki Permaisuri Beatrix termasuk Istana Drakensteyn di Belanda dan sebuah villa di Tuscany, Itali.

15. Raja Mswati III, Swaziland
Harta: RM320 juta
Umur: 42

SATU-satunya raja yang masih berkuasa mutlak di Afrika. Beliau yang menaiki takhta pada usia 18 tahun terus mengekalkan cengkaman kuat terhadap pembangkang dengan menguatkuasakan perlembagaan yang mengharamkan parti politik.

Bagaimanapun, kerajaannya bertegas menyatakan parti politik bebas untuk bergerak di negara itu. Raja Mswati sering diselar kerana berbelanja mewah. Sebahagian daripada 13 isterinya dilapor menghabiskan AS$6 juta dolar untuk membeli-belah beberapa bulan lalu.

Ketika 69 peratus penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan, 50 peratus menganggur dan suku daripada penduduknya yang aktif seks disahkan menghidap HIV, Raja Mswati masih mampu membina istana dan menyediakan kereta mewah untuk 13 isterinya. - hmetro